Follow blog ini

Monday, September 9, 2013

Masjid Ar-Rahman Lembah Pantai akan diroboh -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini memuntut penjelasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung status Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya yang sedang dalam proses perobohan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beberapa isu berbangkit termasuk tiada sebarang notis pemakluman berhubung tindakan perobohan dan pembangunan semula ditampal di masjid berkenaan.

Mahasisiwa bantah penutupan masjid pada 1 dec 2012
Jawi juga katanya perlu menjelaskan setakat mana bangunan serta struktur asal masjid tersebut yang terlibat dalam perobohan dan proses pembinaan semula tersebut.

"Kami dimaklumkan bahawa projek pengubahsuaian yang bakal dilaksanakan oleh pihak Jawi di masjid itu melibatkan perobohan bangunan asal dan penutupan operasi masjid, sama ada tempat ibadah atau program lain.

"Jadi kami perlukan penjelasan daripada Jawi," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat agar diadakan perbincangan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jawi, di sini, hari ini.

Khalid juga melahirkan kebimbangan ekoran tindakan penutupan masjid itu akan menyukarkan mahasiswa Universiti Malaya khususnya untuk bersolat Jumaat kerana surau di Akademi Islam universiti itu juga dilaporkan dalam proses diubah suai.

Dalam pada itu, Khalid juga memberi dua tarikh untuk diadakan perbincangan dan mendapatkan penjelasan daripada Jawi.

Tarikh tersebut adalah 11 September atau 13 September ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...