Kajian terkini PBB melaporkan bahawa manusia yang paling gembira akan kehidupannya tinggal di kawasan Scandinavia.
Denmark terpilih sebagai negara yang rakyatnya paling bahagia diikuti oleh Norway kedua, ,Switzerland ke tiga dan Netherlands keempat.
Denmark sekali lagi mengekalkan takhta sebagai negara paling bahagia di dunia berdasarkan laporan tahunan kedua yang dikeluarkan oleh UN Sustainable Development Solutions Network, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2013 (World Happiness Report 2013).
Tahap kegembiraan sesebuah negara dinilai berdasarkan enam elemen penting iaitu kesihatan jangka hayat (health life expectancy), persepsi terhadap rasuah (perceptions of corruption), KDNK per kapita (GDP per capita), kebebasan untuk membuat pilihan hidup (freedom to make life choices), sokongan sosial (social support) dan juga and kemurahan hati (generosity).
Laporan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Earth Institute di University of Columbia itu mengklasifikasikan tahap kebahagiaan pada skala 1 hingga 10. Denmark mendapat 7.693 mata manakala Malaysia pula berada di tangga ke-56 dengan 5.760 mata dari keseluruhan 156 negara yang tersenarai.
Malaysia menduduki tempat ke 56. Jauh ketinggalan di belakang Singapura dan Thailand yang masing menduduki tempat ke 30 dan 36. Singapura merupakan negara yang paling bahagia di Asia Tenggara diikuti Thailand dan Malaysia. Indonesia yang menduduki tempat ke 76 dunia berada dikeduddukan ke empat peringkat Asia Tenggara.
Negara yang rakyatnya amat sedih akan kehidupan mereka jatuh kepada Togo di tempat pertama, diikuti oleh Benin dan Central African Republik. - sumber - live science
No comments:
Post a Comment