Monday, October 28, 2013

BR1M RM650 satu keluarga tetapi GST RM850 satu kepala setiap tahun


KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan membebankan rakyat terbanyak sungguhpun mereka layak menerima RM650 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tiap-tiap tahun.
Guan Eng semasa mengulas Bajet 2014 membuat unjuran itu berdasarkan satu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala berhubung hasrat Kerajaan Pusat mahu melaksanaan GST kelak.

"Berdasarkan angka-angka yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala, GST sebanyak tujuh peratus akan membawa masuk (pendapatan) RM27 bilion setahun atau setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia menanggung beban tambahan sebanyak RM1,000.

tonton kisah najib lari ke luar negara selepas belanjawan Najib Bacul X Berani Nak Hadir Perbahasan Belanjawan

 

"Enam peratus GST (ertinya) setiap rakyat Malaysia (dianggarkan) menanggung beban RM850 setiap tahun, sedangkan BR1M yang diterima RM650 sahaja setiap tahun.

"Bagaimana mungkin beban hidup setiap rakyat Malaysia (dianggarkan) bertambah RM850 setahun, sedangkan BR1M yang berpendapatan rendah sekeluarga hanya menerima RM650 tiap-tiap tahun.

"Secara puratanya, jika 10 ahli (dalam satu) keluarga pun akan mendapat RM650, tetapi, perlu membayar kira-kira RM8,500 dari (pelaksanaan) enam peratus GST ini," ujar Guan Eng di Kuala Lumpur baru-baru ini.



No comments:

Post a Comment