Friday, January 31, 2014

Syed Rosli Syed Harman kenakan Noh Omar lagi

Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail adalah pemimpin kecil umno di Selangor. Sebelum ni aku pernah kata budak umno ni seorang memang berjiwa melawan. Setiap perkara yang tidak kene pada pandangannya terus dihujah dengan berani.

Beliau pernah bertanding dalam PAU menentang Khairy Jamaludin tetapi tewas. Insan berjiwa matang dan telus macam budak ni memang tak ada tempat dalam umno. Sapa nak naik kena ada duit dan kena mencacai.

Setelah tewas dalam PAU beliau tidak pernah berlembut atau bertukar sikap terhadap para pemimpion umno. Beliau tetap menyatakan yang salah itu sebagai salah dan yang benar itu sebagai benar.

Harap-harap beliau terus maju jaya dengan umno tanpa menjadi pencacai kepada mana-mana pemimpin umno.

Selepas malukan Noh Omar semalam dia puji Noh Omar setaraf dengan DSAI dan layak bertanding di Kajang. Jika dibaca kenyataannya  di bawah ini penuh dengan sindiran terhadap Noh Omar.



Katanya, ahli-ahli Umno Selangor marah kerana Anwar bukan rakyat Selangor bertanding di Kajang.

“Oleh itu Noh Omar selaku pemimpin Umno nombor 1 di Selangor selaku anak jati Selangor mesti tunjukkan kejantanannya menentang Anwar,” kata beliau kepada FMT.

“Jika Umno diberi peluang bertanding, Noh Omar wajar dipilih sebagai calon kerana bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu setaraf dengan Anwar Ibrahim,” katanya.

Katanya lagi, jika Noh menang beliau akan menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor. - FMT


Harap-harap Noh Omar jangan perasan. Budak ni perli saja tu.

1 comment:

  1. Saya setuju Noh Omar bertanding kat Kajang. Bolehlah dia menyekolahkan Anwar Ibrahim kan kan

    ReplyDelete