Wednesday, February 12, 2014

Tiada Calon Layak Tandingi Anwar di Kajang - penganalisis

Ketokohan dan kredibiliti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh yang dihormati di dunia Islam dan antarabangsa menunjukkan tiada calon yang layak menandinginya dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Kajang Mac depan.

Dekan Pusat Pengajian Pasca Siswazah Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Dr Mohd Noor Nawawi, berkata ketokohan sebagai pemimpin itu membuatkan pesaing Anwar tidak boleh menandingi kehebatannya.

DSC_5312Katanya, tambahan pula Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan meletakkan calon daripada MCA bagi menghormati kerusi yang pernah diduduki parti terbabit sedangkan MCA ketika ini berada dalam keadaan yang cukup lemah.

“Maaf cakap tiada siapa yang mampu menandingi Anwar dari segi kewibawaan dalam memimpin. Malah Anwar adalah tokoh antarabangsa yang dihormati di dunia Islam dan bukan Islam.

“Anwar juga ada pengaruh yang kuat bukan sahaja dalam negara tetapi luar negara. Anwar satu-satunya tokoh dalam dunia Islam yang disenangi oleh dunia Islam dan bukan Islam.

“Inilah keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada Anwar dan sudah pasti mana-mana tokoh yang akan bertanding di Kajang nanti tidak boleh tandingi kehebatannya,” katanya menerusi wawancara bersama Sinar Harian.

admin-ajaxMohd Noor berkata oleh kerana dalam amalan demokrasi dan negara menerima amalan itu secara terbuka, maka tentunya akan terdapat calon yang menentangnya.

“Saya yakin pilihan raya ini akan berlangsung dengan aman. Bagaimanapun, BN mungkin akan meletakkan calon daripada MCA bagi menghomati kerusi itu yang pernah diduduki oleh parti terbabit.

“Setakat ini, memang tidak ada calon yang hebat untuk menandingi Anwar. Tambahan pula, MCA pun berada dalam keadaan yang cukup lemah buat masa ini,” katanya.

Januari lalu, bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.

Dalam PRU13, PKR mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.- selangorkini

No comments:

Post a Comment