Tuesday, March 4, 2014

Cleopatra Yang Jadi Pujaan Sejak Dahulu Kala Sudah Muncul DI Mesir

Nama-nama jelitawan dunia purba seperti Puteri Delilah dan Cleopatra adalah nama-nama yang tidak luput dek zaman. Penulis-penulis puisi cinta sering menggunakan kedua-dua nama ini untuk menyatakan kecintaan merka terhadap seseorang wanita.

Kini Celopatra telah muncul dari persembunyiannya di dasar Laut Mediternean.


Sedikit sejarah tempat persembunyian Cleopatra.  Thonis - Heracleion (nama-nama Mesir dan Greek bandar ) adalah sebuah bandar yang hilang di antara legenda dan realiti. Sebelum pembukaan Alexandria dalam 331 SM , bandar ini masyhur gemilang sebagai pelabuhan pintu masuk ke Mesir untuk semua kapal-kapal yang datang dari seluruh dunia.

Ia juga mempunyai kepentingan agama kerana kuil Amun memainkan peranan penting dalam upacara yang berkaitan dengan kesinambungan dinasti firaun . Bandar ini mungkin diasaskan sekitar abad ke-8 SM , dipercayaai telah ditimpa pelbagai bencana alam, dan akhirnya tenggelam sepenuhnya ke dasar Mediterranean pada abad ke-8.

Patung Cleopatra ditemui di Heracleion  
Cleopatra iii
Ingatkan cantik sangat lah si Cleopatra ni

No comments:

Post a Comment