Tuesday, March 18, 2014

Gambar palsu Chew Mei Fun Berbikini

MCA hari ini berang dengan penyebaran gambar calon BN untuk pilihan raya kecil Kajang Chew Fun Mei di Internet yang diubahsuai dengan menggambarkannya memakai bikini.

Gambar pemimpin kanan MCA itu antaranya diedar dengan kapsyen bertulis “Undilah Saya, DUN N25 Kajang” dan memaparkan namanya.

Perbuatan itu dianggap tindakan "tidak bermoral" dan dikutuk oleh Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie (kanan) dalam sidang akhbar tergempar di bilik gerakan MCA di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu hari ini.

"Kami menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

"Penyokong Pakatan meletakkan martabatnya begitu rendah hanya untuk pilihan raya kecil.

"Kaedah keji yang memalukan wanita ini haruslah dihentikan serta merta," katanya.

2 comments:

  1. Wah dulu buat perkara yang lebih jelek terhadap pemimpin2 wanita PKR dan DAP takpe. Bila kena batang hidung MCA tahu melenting. Itulah lain kali jangan suka buat pada orang kalau tak mahu orang buat kat awak.

    ReplyDelete
  2. PR ker buat yang buat?
    Yang pakar buat editing nie biasanya UMNO.. now dah tahu tak ada sokongan tak ker nak spin...

    ReplyDelete