Friday, August 22, 2014

Pendedahan Sebenar - Hakikat DARUL BABI


Utk makluman, Umno Baru & BN yg meluluskan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor pada 30 Januari 2008 tetapi telah dirancang secara rapi sejak Oktober 2007 akibat laporan penduduk di sekitar DUN Tanjong Sepat mengenai masalah pencemaran air di Sungai Sepang Kecil dan bau yang terlalu busuk akibat penternakan babi di Tumbuk, Sepang.

Bekas MB Selangor, Khir Toyo mengarahkan melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang bagi atasi masalah tersebut dan dibawakan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Dalam banyak cadangan semuanya "Memerlukan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri" kecuali satu syarikat yang bersedia membiayai sendiri.

Ketua biro pertanian tradisi MCA Dato' Dr Lee Chong Meng telah mendedahkan di media pada tahun 2008 bahawa syarikat "Bumiputera" itu berhasrat membawa masuk teknologi dari Jerman untuk projek ternakan babi di Selangor yg di kelolai oleh syarikat itu sendiri secara penuh.

Akhbar The Sun mengutip laporan The Oriental Daily menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor yg lantang membantah projek ternakan babi di sekitar Selangor & ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke Jerman untuk melihat teknologi ternakan babi utk dibawa ke Malaysia.

Pejabat Tanah Kuala Langat telah diberi tanggungjawab mengenal pasti kawasan yang dicadangkan oleh penternak babi. Kerajaan negeri yg ditadbir oleh Khir Toyo ketika itu mengarahkan kawasan dikecilkan dari 1100 ekar kepada 337 ekar sahaja.

Akhirnya pada 30 Januari 2008, Khir Toyo telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi yg berselerak di sekitar Selangor ke dalam satu kawasan saja yg dikenali "Modern Pig Farming" bernilai RM100 juta menerusi syarikat "KRONI" Umno. Utk makluman kalian, RM100 juta tersebut datangnya dari sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Lebih menarik lagi, kelulusan tersebut adalah sebulan sebelum pengundian PRU12 yg bermula pada 8 Mac 2008.

Kini seorang pak ostad & Ibrahim Ali cuba mengitar isu babi ini demi menampakkan PKR pula yg meluluskan. Siapakah syarikat kroni Bumiputera yg bawa teknologi dari Jerman & mengelola projek RM100 juta Ternakan Babi Moden di Selangor tersebut ?

GM bongkarkan, anda tentukan...!!!
Yang berkarya: Gin Marvel

Dan jika Nak tengok gambar orang melayu yang melawat ladang babi di luar negara berkemungkinan untuk membawa teknologinya ke Malaysia sila ke SINI

No comments:

Post a Comment