Follow blog ini

Thursday, February 6, 2014

Kenaikan kadar insuran cover untung tol tak naik

Bijak tak bijak kerajaan BN dalam memperdaya rakyat. Pada awal kenaikan harga minyak ada menteri kata kenaikan harga barang hanya tipu daya Pakatan Rakyat.

Bila rakyat bantah dengan demo dan pelbagai desakan bn tubuh jk pantau harga barang. Apa hasilnya?

ZERO!!!!!!!

Peniaga tetap naikkan harga barang berikutan kos perniagaan, pembuatan dan pengangkutan meningkat. Mana ada orang berniaga nak rugi..

Kalau kerajaan buat undang-undang hukuman bunuh terhadap peniaga yang naikkkan harga barang pun mereka tetap akan naikkan harga atau berhenti berniaga,

Sekarang tol dah tak jadi naik tahun ini. Mungkin sebab PRK Kajang. Tapi untung tetap dicari. Duit rakyat tetap jadi sasaran untuk bantu kerajaan elakkan kebangkrapan. Tak jadi naikkan tol mereka naikkan kadar insuran.

Pusing sana, pusing sini Balon tetap balon. Rompak tetap rompak. Bezanya adalah antara sikit dengan banyak saja. Kalu dua-dua naik mereka dapat banyak. 

Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu akan melibatkan kos sebanyak RM400 juta kepada kerajaan yang perlu dibayar sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.
Pengumuman itu dibuat selepas Muhyiddin mempengerusikan jawatankuasa khas Kabinet untuk menangani kenaikan kos sara hidup hari ini, lapor The Star Online.

Menurut keadilandaily,

difahamkan syarikat-syarikat insuran bakal menaikkan kadar premium insuran kenderaan bermula 15 Februari 2014.
Laman web Myroadtax.com, syarikat dan ejen insuran dalam kiriman di laman webnya semalam memaklumkan menerima surat rasmi daripada persatuan Malaysian Takaful Association (MTA).
Dalam surat ‘New Motor Cover Framework – Gradual Premium Adjustment’, Bank Negara Malaysia telah meluluskan pelarasan tarif kepada ahli kumpulan insuran takaful berkuatkuasa 15 Februari 2014.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...