Follow blog ini

Wednesday, February 19, 2014

Noraini Ibnu Gesa herman Tino Tidak Bertanding Di Kajang

Noraini Ibnu, isteri Herman Tino tidak merestui hasrat suaminya untuk bertanding dalam pilihanraya kajang menentang Anwar Ibrahim. Noraini Ibnu tidak mahu melihat suaminya diketawakan dan dihina. Herman Tino mendapat pelbagai reaksi peminatnya apbila menyatakan hasrat mahu bertanding di Kajang.

Kepada Herman Tino eloklah dengar nasihat isteri yang menyayangimu. Tidak rela suaminya yang tercinta diabkan orang lain.

"Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu.

"Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.

"Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula," katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Penyanyi itu memperoleh deposit RM10,000 untuk bertanding kerusi Tanjung Karang selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta.

Sementara itu, Noraini menambah, dia lebih senang jika Herman kekal dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan tidak kisah sekiranya pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan sahaja.

"Saya tidak suka tertekan dengan situasi sebegini dan berharap tidak perlu untuk berselisih faham dengan perkara yang saya tidak suka.

"Tolonglah Encik Herman, jangan susahkan orang Kajang dan kawan-kawan," tuturnya.- petikan pilihan daripada mstar

1 comment:

  1. Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,

    Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, namanya sangat kotor di masyarakat Cina.

    Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas.

    Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin

    Sekian, Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...