Follow blog ini

Tuesday, February 4, 2014

PROGRAM PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PKR DI KAJANG MERIAH


Ucapan alu-aluan di mulakan oleh YB Tian Chua, diikuti YAB Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali dan seterusnya YB DSAI.DSAI memberitahu kepada hadirin bahawa beliau akan tetap turun padang berkempen sepenuh masa walaupun beliau cukup yakin akan menang.

Secara beseloroh beliau memberitahu... kalau beliau berlawan dengan Datuk Lee Chong Wei dalam pertandingan badminton memang gerenti dia kalah tetapi dalam gelanggang politik beliau cukup berkeyakinan tinggi akan menang... Ins'yAllah.

Ingatkan dengan propaganda jahat isu seks lucah dijaja oleh UMNO siang malam pagi petang di semua media arus perdana milik dan kawalannya, maka tiada rakyat dan sukarelawan nak turun membantu, sebaliknya bertambah ramai yang datang memberikan sokongan.

Itu belum masuk jentera PAS dan DAP rakan sekutu KEADILAN dalam Pakatan Rakyat.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...