Follow blog ini

Wednesday, February 12, 2014

Wakil Jepun datang Malaysia Mohon Maaf daripada Anwar Ibrahim

Wakil dari JEPUN datang SENDIRI ke Malaysia berjumpa DSAI untuk memohon maaf selepas insiden larangan memasuki Jepun sebelum ini........ Hah apa lagi nak lepas ni? Mana mikrofon RTM dan TV3? Takkan x berani letak kat atas meja tu kot?

Tujuannya datang ke Malaysia adalah mewakili Kerajaan Jepun memohon maaf dan memperbaiki imej negara Jepun yg sebelum ini mempunyai sedikit perselisihan faham antara kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan Jepun.

Pengerusi Sasakawa Peace Foundation, Mr Jiro Hanyu datang sendiri ke Malaysia bertemu Anwar Ibrahim.. Kalau Najib Razak pula terpaksa ke Jepun perabih duit rakyat semata mata nak bergambar bawah pokok bamboo..

Anwar Terima Jemputan Semula Ke Jepun 26 Februari Ini

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

http://mstar.com.my/archives/2014/2/10/mstar_berita/Anwar_dialog%202.jpg

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menerima jemputan semula untuk ke Jepun pada 26 Februari ini.

Menurut Anwar, beliau turut diberi jaminan bahawa insiden dihalang daripada memasuki Jepun tidak akan berulang.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu yang datang ke Malaysia untuk memohon maaf di atas insiden sebelum ini di sini, Isnin.

"Saya menghargai kedatangan Jiro ke Malaysia. Selepas mendengar penjelasan beliau, saya terima permohonan maaf itu.

"Saya juga menerima undangan beliau untuk ke Jepun semula pada 26 Februari ini selepas diberi jaminan bahawa insiden saya dihalau tidak akan berlaku lagi," katanya.

Menurut Anwar, beliau dijelaskan bahawa insiden itu berpunca daripada 'masalah teknikal kecil'.

"Saya tidak mahu memikirkan insiden (dihalang) itu lagi. Jemputan kali ini sudah diuruskan dengan baik," katanya.

Pada 19 Januari lalu, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.

Beliau sebelum ini mendakwa tindakan itu didalangi oleh Wisma Putra.

Namun ketika ditanya bagaimana dengan kenyataannya sebelum ini yang mengaitkan pihak tertentu, beliau sekadar berkata: "Itu perkara lepas, saya mahu lupakan."

Anwar sebelum ini menerima jemputan peribadi oleh Yoyei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.
Nesta13 posted on 10-2-2014 02:00 PM

Walau apa pun Anwar Ibrahim perlu berhati-hati kali ini jika mahu ke Jepun walaupun atas jemputan. Macam-macam boleh jadi. Anwar perlu ambil visa juga walaupun tak perlu. Tanpa visa Anwar elok jangan pergi. Kena halau sekali lagi malu kali ke dua.

1 comment:

  1. salam. mohon pautkan blog

    pen buruk online ™

    dalam blog tuan. check blog tuan dalam senarai blog PR. t.kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...