Follow blog ini

Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Pembunuh pegawai Ambank ditangkap di JB


Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pembunuh-norazita-berjaya-ditangkap-polis-25284?cp

Letak racun di vagina untuk bunuh suami


Isteri Menaruh Racun di Alat Kelaminnya Untuk Bunuh Suami
Seorang wanita asal Brazil digugat oleh suaminya sendiri kerana nekad ingin membunuhnya dengan menempatkan racun di alat kelamin dan meminta sang suami untuk melakukan oral seks.
di petik dari Mirror, sang isteri dituduh telah menanam zat beracun pada alat kelaminnya sebelum mengajak sang suami untuk bercinta.

Saat sang suami sudah siap untuk melakukan hubungan intim, ia menaruh curiga saat merasa ada bau yang aneh disekitar kemaluan istrinya. Dan kerana hal tersebut, ia pun menolak ajakan sang isteri untuk memuaskan hasratnya.

Merasa penasaran, sang suami kemudian membawa isterinya itu ke rumah sakit di Sao Jose do Rito Preto untuk diperiksa dan mencari penyebab dari bau yang tidak biasa tersebut. Sang suami bersyukur ia lolos dari kematian saat mengetahui hasil test dokter yang menemukan adanya jejak zat beracun di bawah kemaluannya.

Monday, October 28, 2013

Gambar-gambar Ardi Hamza pembunuh pegawai Ambank???????


Sebuah blog, kartikel.com mendakwa menemui satu akaun Fb yang memaparkan gambar-gambar suspek pembunuh seorang pegawai Ambank minggu lalu.

Akaun FB tersebut menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela serta mempunyai kenalan serama 4000 orang kebanyakannya warga Indonesia

Berikut adalah gambar-gambar yang didakwa sebagai Ardi hamza yang dikehendaki polis

.








Sumber

Iran ancam putus hubungan dgn malaysia jika rakyatnya dihukum gantung

TEHERAN, 25 Oktober - Kementerian Luar Iran memberi amaran bahawa hubungan negaranya dengan Malaysia akan terjejas ekoran keputusan sebuah mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas dua wanita warga Iran.

Timbalan Menteri Luar Iran, Hassan Ghashghavi berkata, hukuman mati itu akan memberi kesan yang negatif dalam hubungan melibatkan Kuala Lumpur dengan Teheran.

Kenyataan itu dibuat selepas terdapat laporan yang menyebut dua wanita Iran, Shahrzad Mansour, 31, dan Neda Mostafaei, 26, dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan menyeludup dadah methamphetamine ke Malaysia pada Disember 2010.

Menurut Hassan, hubungan persahabatan dan kesetiakawan antara Iran dan Malaysia akan dapat diteruskan jika hukuman tersebut tidak dilaksanakan.

Menurut ketua polis antidadah Iran, Kolonel Ali Moayedi, para penyeludup dadah telah berjanji dengan wanita tersebut untuk memberikan lawatan percuma ke Malaysia.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan warga Iran kerana peraturan visanya adalah mudah, kata Ali.

Sebagai pertukaran, pasangan wanita itu diminta untuk membawa beg yang mengandungi barang makanan tetapi ia juga diisi dengan dadah tersebut. - Agensi

Friday, October 25, 2013

Pegawai bank ditembak kejam oleh pengawal keselamatannya sendiri + video kejadian

Subang Jaya: Seorang pegawai operasi sebuah bank di sini, maut ditembak dalam satu kejadian rompakan oleh pegawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2, petang tadi.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, yang sudah berkhidmat 16 tahun dengan bank berkenaan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek.

Ketika kejadian, mangsa bersama suspek berusia 37 tahun serta tiga lagi pekerja wanita bank berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Gambar suspek yang disiar mymetro

Suspek kemudiannya  melarikan diri dengan sebuah motosikal.setelah mengambil sejumlah wang dari peti besi tersebut -BH

Saksikan video kejadian tembakan dan rompakan tersebut di SINI

Sunday, September 8, 2013

Blogger omakkau trauma dirompak

King Jason melalui status updatenya melaporkan bahawa seorang blogger pro PR iaitu blogger Omakkaw @hanisya Hamid telah dirompak Malam tadi sekutar jam 2 pagi dirumahnya.

Segala gadgets. .barang kemas..dompet beliau telah dibawa lari 4 geng penyamun.

Admin baru hubungi telefon beliau yang baru (ambil simcard baru) dan telah berbincang untuk mengumpul derma kilat.

Admin memintak kebenarannya untuk dapatkan acc bank..namun beliau mengalami kesyukaran disebabkan buku bank..kad pengenalan juga hilang..

Untuk sementara..sesiapa yang ingin menderma.sila bank in ke acc maybank 1121-0119-3663 Mohd Bustam Omar.

Beliau kini masih dalam trauma di acu parang dileher.

Sekian..sama sama kita membantu rakan yang dalam kesusahan.

sumber - king jason

Saturday, August 31, 2013

Polis dedah Logo dan tatoo kongsi gelap malaysia

BUKIT AMAN, 30 OGOS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

SAC Dato' Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.

Ini adalah sebahagian daripada logo dan tatoo yang didedahkan oleh PDRM. Selebihnya boleh dilihat di lama FB polis di SINI




Lihat lebig gambar di FB ini

Wednesday, August 28, 2013

Ada perancangan licik ketepi kes Altantuya – Johari Abdul



KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul tidak menolak ada kemungkinan perancangan bagi memastikan mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu ini dibebaskan melalui kesilapan-kesilapan teknikal.

Menurut beliau, sudah pasti perancangan itu dilakukan dari mula dan dilakukan secara licik.
“Saya yakin terdapat perancangan untuk sengaja membebaskan semua yang terlibat dalam kes ini.
“Saya katakan seseorang yang licik merancang supaya yang terlibat terlepas atas sebab teknikal yang sengaja dirancang dari awal,” tegasnya kepada Keadilan Daily.

Selain itu, sejak awak lagi prosiding mahkamah yang berlaku sepanjang perbicaraan pembunuhan Altantuya adalah janggal dan pelik.

Menurutnya, perkara pelik itu ialah apabila beberapa saksi penting seperti DSP Musa Safri dan Pegawai Najib, Nasir Safar tidak dipanggil dari awal proses perbicaraan.
Selain itu, motif pembunuhan juga tidak pernah dibangkitkan.

“Apa sebenar motif pembunuhan, tidak mungkin wanita itu dibunuh tanpa motif.
“Sedangkan motif adalah perkara paling penting dalam menyelesaikan sesuatu kes jenayah bunuh.
“Sehingga hari ini, kita tidak tahu mengapa wanita itu dibunuh sebelum diletupkan,” ujar beliau. -KD

Monday, August 26, 2013

Polis tahan 1000 samseng

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan kira-kira lebih 1,000 individu kebanyakannya gengster dalam tempoh seminggu dalam satu operasi untuk membendung aktiviti jenayah dan kekerasan.
Operasi itu yang dikenali sebagai 'Ops Cantas Khas' bertujuan membanteras penjenayah dan kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata kira-kira 1,018 individu ditahan dalam serbuan di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Johor sejak 17 Ogos lalu.
"Kebanyakan mereka yang ditahan merupakan ahli kumpulan Geng 36, Geng 08 dan Geng 04," katanya.
Menurut beliau, polis turut merampas 13 senjata api termasuk pistol, parang dan pisau serta menjumpai 36 kereta curi.
Abdul Jalil berkata orang ramai turut memberikan maklum balas positif dan maklumat penting sejak operasi itu dilancarkan.
"Kira-kira separuh berjaya ditahan hasil maklumat yang diberikan kepada kami. Kerjasama orang ramai banyak membantu sepanjang operasi tersebut.
"Walaupun banyak maklumat diterima, kami menyemaknya dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kesilapan ketika melakukan tangkapan," katanya.
Antara maklumat sama yang diterima adalah mengenai pengumpulan individu meragukan di sebuah rumah atau tempat awam tertentu.
Abdul Jali berkata kira-kira 920 anggota polis ditugaskan di bawah operasi tersebut untuk melakukan sekatan jalan raya dan memburu penjenayah dikehendaki.
Katanya, operasi tersebut yang dilakukan antara tengah malam dan 5 pagi setiap hari adalah untuk mengurangkan jenayah serius dan mencegah jenayah lain daripada berleluasa.
"Pada minggu lalu, kami melakukan pemeriksaan ke atas 50,245 orang dan 22,956 kereta kebanyakannya motosikal. Kami tidak akan menghentikan operasi itu sehingga kami berpuas hati dengan kadar penurunan jenayah bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat," katanya.
Ops Cantas Khas melibatkan pegawai dan anggota JSJ dari Bukit Aman, polis kontinjen negeri dan daerah berkaitan.
"Kami menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 untuk menahan suspek," katanya.
Di George Town, polis berjaya menahan 77 orang termasuk enam wanita berusia antara 20 dan 40 serta seorang remaja dalam beberapa serbuan pada hujung minggu lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata beberapa lelaki yang ditahan itu merupakan penjenayah dikehendaki atas pelbagai kesalahan jenayah.
Dalam serbuan pertama, polis menjumpai dua bilah parang sepanjang 70cm di dalam sebuah tandas dekat kelab malam di Jalan Dr Lim Chwee Leong.
Enam wanita dan 27 lelaki, tiga daripada warga asing ditahan dalam kelab malam tersebut.
"Tiga lelaki warga asing itu bekerja sebagai pelayan tanpa permit," kata Mohd Nasir.
Dalam serbuan kedua di sebuah kelab malam di Jalan Penang, polis menahan 33 lelaki dan seorang remaja.
"Kami akan mengambil tindakan ke atas pemilik kelab malam itu kerana membenarkan remaja tersebut memasuki premis berkenaan," katanya.
Mohd Nasir berkata polis turut melakukan serbuan ke atas 44 rumah selepas menerima maklumat daripada orang ramai.
"16 suspek terlibat dalam pelbagai kes seperti melakukan rusuhan, mencederakan orang lain, merompak, pecah rumah, peras ugut dan penipuan telah ditahan," katanya.

Penjenayah makin canggih Polis rampas bom dan peluru di Pulau Pinang

Enam orang termasuk dua wanita ditahan dan polis merampas sebutir bom, sejumlah peluru dan sebilah pedang samurai selepas menyerbu sebuah rumah flat di Machang Bubuk di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka berusia 21 hingga 48 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas pada pukul 1.30 pagi ini.

"Berdasarkan maklumat dan intipan yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu rumah berkenaan. Terdapat empat lelaki dan dua wanita dalam rumah itu," katanya katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui sebutir bom, masing-masing 10 butir peluru berwarna perak bertulis NCCR .38 SPL dan berwarna kuning bertulis THAI ARMS .38 SPL serta sebilah parang samurai dengan ukiran naga.

"Dua lelaki yang ditahan dalam operasi itu memang dikehendaki polis manakala yang lain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau," katanya sambil memberitahu polis akan menyiasat sama ada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap.

Bernama difahamkan mereka yang ditahan itu merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat berkumpul serta menjalankan aktiviti haram kumpulan itu.

Sementara itu, polis akan mengambil keterangan enam lelaki yang cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru ketika sedang minum di sebuah gerai di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini Sabtu malam.

Mazlan berkata polis juga akan mengambil keterangan pemilik kedai tempat kejadian itu.
Tiga daripada enam yang cedera itu telah dibenarkan keluar daripada Hospital Sungai Bakap, katanya.

Mazlan berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan perniagaan.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. - Bernama, 25 Ogos, 2013.

Wednesday, August 14, 2013

Naib pengerusi PIBG didakwa cabul pelajar 16 tahun

Ashley Jessica diperiksa oleh pegawai
Seorang ibu kepada seorang gadis 16 tahun membuat laporan polis kedua terhadap timbalan pengerusi satu Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah kerana didakwa mencabul anak perempuannya.

Beliau juga membuat laporan terhadap polis dan pihak sekolah kerana didakwa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan itu.

"Ini adalah laporan kedua saya terhadap pegawai itu. Saya membuat satu laporan pada Mac tahun ini tetapi tiada tindakan diambil," kata ibu itu kepada FMT selepas membuat laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lepas.

Tukang cuci berusia 39 tahun itu mendakwa bahawa anaknya telah dicabul oleh timbalan pengerusi PIBG di sebuah sekolah di Damansara ketika melakukan pemeriksaan badan anak perempuan pada 21 Mac, tahun ini.

"Pegawai itu datang ke kelas anak perempuan saya dan menuduh dia membawa telefon bimbit ke sekolah. Dia kemudian menggerakkan tangannya pada badan anak saya atas alasan untuk melakukan pemeriksaan badan di hadapan guru."

"Saya terkejut bagaimana seorang lelaki boleh dibenarkan masuk ke kelas seperti itu dan lebih teruk lagi, melakukan pemeriksaan badan pada seorang pelajar perempuan," dakwa ibu berkenaan.

Berita Penuh oleh FMT
PETALING JAYA: Following months of inaction, a mother of a 16-year-old girl lodged a second police report against a school’s Parent-Teachers’ Association (PIBG) deputy chairman for allegedly molesting her daughter.

She also lodged a report against the police and the school for not taking any action against her claims.

“This is the second report I’m lodging against the official. I lodged one in March this year but no action was taken,” the mother told FMT after lodging the report at the Petaling Jaya district police headquarters last Wednesday.

The 39-year-old cleaner alleged that her daughter was molested by the PIBG deputy chairman in a school in Damansara while performing a body check on the daughter on March 21, this year.

“The official came into my daughter’s classroom and accused her of bringing a mobile phone to school. He then ran his hands on my daughter’s body on the pretext of doing a body search in the presence of a teacher.”

“I’m shocked how a man could be allowed to enter the class just like that and worse, and do a body search on a female student,” claimed the distraught mother.

The mother added that her daughter initially related the matter to her grandmother, who subsequently approached the official with the student’s brother for explanation.

However, the meeting did not turn out well and ended up with in a fist fight between the brother and the official.

“As a result, my son and the PIBG official were arrested by the police,” she said, adding the duo were later released unconditionally.

Unhappy with the outcome, the mother said that she went to the school personally to get details of the incident and managed to get written statements from witnesses on what happened to her daughter.

Later, she brought the matter to the school management for action but was told that the school had warned the PIBG official several times of his alleged misconduct but claimed the latter ignored it.

She later lodged a police report on the official at the Mutiara Damansara police station in March but claimed the police took no action.

“Since then, both the headmaster and the investigating officer (police) have refused to pick up my calls,” she said adding that several attempts to meet the school administration also failed.

Trouble at police station

But not everything went well for the mother and daughter while lodging the second police report as the desk officers refused to take the report, claiming the matter was “resolved”.

“They told me that the school had apologised to me and the matter was resolved. But I did not hear any such thing. I don’t want an apology. I want justice for my daughter,” said the mother.

She added that a constable Mohd Fauzi Kifli kept delaying taking down the report, saying there were procedures to follow, such as talking to the IO of the case when the first report was lodged.

“He insisted on me talking to the IO, known as Salasiah on the phone. The latter shouted at me and even said that my daughter will be shamed in court if the case is pursued.

“Salasiah even mocked me, asking if I had the money to get a lawyer to handle the case,” she said tearfully.

However, the desk officers took the second report after Petaling Jaya district police chief Arjunaidi Mohamed intervened.

The mother said that politicians from both sides of the divide were of no help either when she approached them.

“I met both both A Prakash Rao (MIC) and R Sivarasa (PKR), candidates for the Subang parliamentary seat respectively to seek justice for my daughter. But, none of them have helped me to date,” she said.

She urged the authorities to take action against the PIBG official and the school management for denying her daughter justice.

“I also hope my son’s case will be cleared as he has to present himself to the police station once a month,” she added.-  FMT

Friday, August 9, 2013

Empat kejadian tembak di Aidil Fitri jejas teruk imej polis

Penjenayah dalam negara semakin berani melakukan pembunuhan di tempat terbuka. Kebanyakan kes tembakan berlaku di jalanraya, sama ada di lampu isyarat atau di tepi jalan.

Kejadian tembak yang kian menjadi-jadi di seluruh negara termasuk sabah dan sarawak memberi implikasi besar kepada keseselamatan awam. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa.

Rakyat mula tertanya-tanya, mengapa terlalu ramai yang memiliki pistol di negara yang mempunyai undang-undang melarang pemilikan senjata api?

Negara jiran dipercayai sumber senjata api yang digunakan dalam kes pembunuhan di negara ini kerana Malaysia tidak mengeluarkan lesen menjual senjata api kepada orang awam.

Penyeludupan senjata api dari Thailand dan mungkin juga Acheh perlu dibendung secara serius kerana membabitkan keselamatan awam termasuk pegawai keselamatn sendiri.

Polis diRaja Malaysia tentu sahaja menjadi sasaran masyarakat kerana mereka bertanggungjawab penuh menangani jenayah demi kesejahteraan awam. Namun perkara ini berpunca daripada kemasukan senjata dari luar negara yang sepatutnya berjaya disekat oleh pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan.

PGA, polis dan kastam perlu mengadakan pemeriksaan lebih ketat terhadap ornag ramai yang masuk dari Thailand mahupun Indonesia.


the malaysian insider melaporkan ....

Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.

Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri.

Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan."Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang.

"Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa," kata Ku kepada The Malaysia Insider.

Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM.Insiden tersebut menjadikan ia kes keempat membabitkan senjata api yang berlaku dalam kurang 24 jam hari ini iaitu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Pertama.Terdahulu di Chemor, Perak seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal.

Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam tadi apabila dua suspek bermotosikal itu dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.

Sementara itu, di Georgetown, Pulau Pinang pula berlaku kejadian tembak menembak awal pagi tadi mengejutkan penduduk sekitar apabila 16 tembakan dilepaskan ke arah sebuah rumah banglo di Pulau Tikus.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan polis kini sedang mengenal pasti identiti penembak melalui rakaman cctv.

Pada masa sama dalam kejadian berasingan di Pulau Pinang, jam 11.30 pagi tadi seorang. lelaki ditembak sekurang kurangan 10 kali oleh seorang suspek ketika mangsa sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Anson.

Mangsa dikatakan memandu kereta dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.

 Jumlah mangsa tembakan setakat ini ialah 35 orang mengikut maklumat daraipada Malaysia chronical

Lelaki mati ditembak di Penang

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Gan berkata polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.

Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala. Gan berkata mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.

Polis sedang mengesan saksi dan tempat yang mempunyai CCTV untuk membantu siasatan. - Bernama

Sementara itu Bernama juga melaporkan..

Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tuesday, August 6, 2013

Penoreh getah ditembak mati

Seorang penoreh getah maut manakala seorang wanita cedera selepas ditembak seorang individu, dipercayai bermotifkan dendam dalam satu kejadian jam 5.15 pagi tadi di sebuah restoran di Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian itu, Amirul Tajo Nasir, 40, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada pukul 1.20 tengah hari selepas terkena beberapa das tembakan dari jarak dekat.

Manakala Norhadiana Zakaria, 25, seorang pelayan di restoran berkenaan pula terkena tembakan yang tertembus ke bahagian bawah lutut kanannya dan kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

Terdahulu kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, sebelum di rujuk ke HUSM.

Mazlan berkata dalam kejadian itu, Amirul Tajo sedang minum bersama dua rakannya yang lain di kedai berkenaan dan hampir selesai membayar makanan sebelum didatangi dua individu bermotosikal jenis Yamaha LC yang memakai helmet dan berjaket hitam.

Katanya pembonceng motosikal itu kemudiannya telah melepaskan beberapa das tembakan kepada mangsa dari atas motosikal yang jaraknya kira-kira dua meter sebelum Amirul Tajo rebah dan Norhadiana kemudiannya melarikan diri masuk ke dalam kedai.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang juga memakai penutup muka kemudiannya melarikan diri.

Polis yang berada di tempat kejadian menemui 10 butir kelongsong peluru jenis empat slug 9mm dan tiga slug 0.38mm dan motif tembakan masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, Zainab Derani, pemilik warong kopi itu menjelaskan, beliau menyedari kehadiran suspek berkenaan dengan motosikal berwarna merah hitam dan kedua-duanya memakai pakaian serba hitam dengan mukanya di tekup kain dan bertopi keledar hitam.

"Saya sedang membasuh pinggan lepas tu bunyi bedil, saya marah kerana main bedil masa ini tetapi anak saudara pula menjerit dia kena bedil . Saya tengok ada tembakan, selepas itu pelanggan itu jatuh dan saya tengok di atas ada dua orang atas motor."

Katanya mangsa yang rebah itu kemudiannya dikejarkan ke hospital manakala penjenayah berkenaan melarikan diri.

Katanya mangsa yang cedera, iaitu pembantu warong ini , Norhadiana merupakan anak saudaranya, manakala mangsa yang terbunuh itu beliau kenali dan tinggal di kampung berdekatan.

Sebelum ini, beberapa kes tembakan turut dilaporkan secara meluas di media.

Kes terbaru melibatkan Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, yang mati ditembak di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur, sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Sebelum itu terdapat tiga lagi kes tembakan yang melibatkan Jasrafveenderjeet Singh, 25 di Ipoh, G. Santhanasamy, 30 di Bukit Mertajam dan Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan yang parah akibat ditembak semasa sedang memandu.

Kesemua mereka maut selepas ditembak sementara R. Sri Sanjeevan masih menerima rawatan rapi di Hospital Serdang.

~ Astroawani

Tuesday, July 30, 2013

Pengasas Arab Malaysian Bank dibunuh

KUALA LUMPUR: Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu Mynewshub, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.

“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu.

“Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya.

Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari
arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa.

Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian.

Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger

Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan.

Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.

“Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.

Pengerusi MyWatch ada senarai pegawai polis disiasat kerana dadah

Beberapa jam sebelum ditembak, R Sri Sanjeevan ada menyatakan beliau memiliki senarai nama pegawai polis yang disiasat secara dalaman kerana terlibat dalam sindiket dadah.

Pengerusi MyWatch itu menyatakan demikian kepada Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR ketika mereka bertemu di majlis berbuka puasa Jumaat lalu di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya beritahu supaya berhati-hati kerana senarai itu adalah pegawai polis yang sedang disiasat. Saya tidak begitu memberi galakan kepada Sanjeevan," katanya.

Terkejut dengan kejadian yang menimpa Sanjeevan itu, Rafizi juga mengakui agak terkilan kerana menasihati Sanjeevan bahawa ia tidak masa sesuai untuk membuat pendedahan kerana siasatan polis masih berlangsung.

Bagaimanapun, katanya, Sanjeevan pada pertemuan itu menyatakan ia skandal besar dan kesalahan yang dilakukan serius serta membabitkan jumlah dadah yang besar.

"Mengikut Sanjeevan, pegawai polis yang disiasat itu berdepan kemungkinan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang membawa hukuman mati. Beliau yakin ia kes serius," katanya.

Rafizi dan Sanjeevan kemudian bersetuju untuk bertemu minggu depan untuk meneliti senarai berkenaan.

Beliau berkata, kenyataan Sanjeevan kepadanya juga konsisten dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sejurus selepas kejadian tembak.

Sementara itu, rakan Sanjeevan, Vel Paari - bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC - terkejut dengan kejadian berkenaan, apatah lagi mereka baru sahaja bertemu dua hari lalu untuk merancang menikmati tosai, minggu depan.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong juga sedih dengan kejadian cubaan bunuh terhadap Sanjeevan dan berharap polis segera menahan dan mengheret mereka ke muka pengadilan. - 28 Julai, 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...