Follow blog ini

Saturday, February 8, 2014

Apa akan berlaku jika ada NGO tawar RM1200 untuk tampar Najib Razak?

Perbuatan NGO mengaku Islam yang menawarkan ganjaran wang tunai RM 1200 kepada sesiapa yang berjaya melempang Teresa Kok adalah perbuatan yang bercanggah dengan Islam.Perbuatan mereka bukan sahaja memprovok kebencian antara kaum tetapi turut menyalahi undang-undang kerana cubaan menganjur jenayah.

Melakukan sebarang tindakan yang mendatangkan mudarat ke atas mana-mana individu adalah jenayah. Mengupah seseorang untuk melakukan jenayah mencederakan orang lain juga adalah satu jenayah.

Sesungguhnya tidak ada apa yang salah dalam kenyataan Lim Kit Siang ini.

 “Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” tanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang.

Di samping itu, katanya dikemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa,” ujarnya yang juga Ketua Parlimen DAP dalam satu kenyataan.

Ini, katanya kerana bukan saja melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.
 

1 comment:

  1. dalam agama umno apa sahaja boleh dibuat untuk tuhanya najib razak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...