Follow blog ini

Saturday, February 8, 2014

Soal selidik berunsur Seks di sekolah kerja gila

Perbuatan membuat kajian dengan menggunakan kaedah menjawab soalan tentang seks terhadap pelajar sekolah rendah adalah satu tindakan yang tidak masuk akal. Selalunya pihak yang sering membuat kajian melalui kaedah soal selidik sebegini adalah pelajar-pelajar Master dari universiti-universiti dalam negara.

Lazimnya sasaran adalah para pelajar sekolah menengah atau guru-guru. Tetapi kali ini ada pihak yang lebih advance menggunakan kaedah yang sama untuk melakukan soal selidik tentang seks di kalangan pelajar sekolah rendah.

Berdasarkan beberapa soalan yang terdapat dalam kaji selidik itu seperti dalam gambar di bawah, ianya amat tidak sesuai sama sekali. Apatah lagi sasaran mereka adalah pelajar sekolah yang berusia 10 tahun yang berada di tahun empat.

Soalan yang digunakan lebih membawa kepada pendedahan tentang seks termasuk seks sesama jenis dan seks bebas.


KEGIATAN SEKSUAL DAN REPRODUKTIF

3.Saya pernah mengalami masalah masalah tersebut
a) Keluar lelehan bernanah atau berbau bususk dari kemaluan
b)gatal gatal atau kudis di bahagian kemaluan
c)Sakit di bahagian ari-ari atau kemaluan bila membuang air kecil
d)Masalah-masalah lain pada bahagian kemaluan nyatakan Remaja perempuan sahaja
e)Umur pertama kali datang haid
f)Perut semakin membesar /mengandung
g)Tarikh akhir datang haid
h)Keguguran kandungan

4.Saya pernah melakukan perkara perkara berikut:
a)Membaca/menonton bahan bahan lucah
b)Melancap/masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual)

5.Saya pernah melakukan hubungan seks? (Jika Ya jawap soalan 6)

6.Saya:
a)Bertukar-tukar pasangan
b)Melakukan hubungan sejenis
c)Melakukan hubungan seks luar tabii
d)Saya/pasangan saya menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks
d)Saya/pasangan saya mengunakan kaedah pencegahan kehamilan
(pil perancangan keluarga, dll)
sumber - SINI

Anda fikir sesuai untuk anak anda yang berumur sepuluh tahun??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...