Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini dengan majoriti 2,592 undi.
Kemenangan berkenaan memang sudah dijangkakan banyak pihak, namun peningkatan majoriti sebanyak 158 undi berbanding 2,434 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu disifatkan sebagai satu keputusan yang baik.
Ini kerana ia membawa makna cukup besar apabila BN secara tidak langsung kekal memerintah Terengganu dengan 17 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 15.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman memperoleh 8,288 undi manakala lawannya dari PAS, Endot@Azlan Yusof memperoleh 5,696 undi.
No comments:
Post a Comment