Gambar yang diambil petang ini, telah dikongsi di Facebook dengan kapsyen yang berbunyi: "Adakah tempat letak kenderaan garisan berkembar keistimewaan PG1"
Di bahagian komen di beberapa laman Facebook, penyokong BN yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi pesalah undang-undang secara terang-terangan manakala yang lain mendakwa pengkritik telah sengaja memperbesarkan isu tersebutl walaupun mereka faham bahawa tempat letak kereta tidak mencukupi di pusat bandar Pulau Pinang.
Ketika dihubungi, Lim Guan Eng berkata beliau bertemu beberapa wartawan dan tetamu dari Hong Kong di sebuah kedai kopi pada masa itu.
Lim berkata bahawa pemandu beliau boleh didenda oleh penguatkuasa kerajaan tempatan seperti orang lain, "jika dia bernasib malang".
No comments:
Post a Comment