Sinar harian melaporkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen setiap lite berkuat kuasa jam 12.00 malam tadi. Jika diimbas kembali janji pilihanraya yang dibuat BN seperti tertera dalam gambar di bawah menunjukkan ramai tertipu dengan janji pilihanraya tersebut. Tidak sampai 6 bulan selepas pilihanraya Bn merelaisasikan 'endless posibilities' atu kemungkinan tanpa sempadan.
Siapa kena tipu?
orang atas pagar yang mengundi BN.
Mengapa tidak macai?
Sebab macai sudah tahu game BN.
Mengapa tidak penyokong PR?
Sebab penyokong PR sudah berusaha menolak BN daripada terus berkuasa untuk mengelakkan perkara begini berlaku namun usaha mereka belum berjaya. Dan penyokong PR tak undi BN.
Kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa tengah malam hari ini menyaksikan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengecam tindakan Putrajaya tersebut dan menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan cuba menutup kelemahan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman mikro Twitter miliknya @anwaribrahim berkata tindakan itu menyebabkan rakyat menjadi mangsa atas amalan boros BN.
"Amalan boros BN beban rakyat," kata Anwar membalas tweet seorang pengikutnya.
"Protest; poor governance! Ref my Merdeka msg" kata Anwar membalas tweet pengikutnya yang menggunakan nama "@Matt5834."
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar juga dalam respon balasnya kepada pengguna twitter hanya berkata "Google Multiplier Effects."
Sementara itu, ahli Parlimen Batu Gajah dari DAP V. Sivakumar (igambar) dalam kenyataannya berkata PR telah menjangkakan perkara itu akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Malangnya , 47 peratus rakyat negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen.
Kenaikan itu jelas Sivakumar terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh BN untuk kepentingan politiknya. Golongan ini telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis BN lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13.
"Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter.
"Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13," katanya dalam kenyataan tersebut.
Putrajaya mengumumkan harga petrol RON95 akan naik dari RM1.90 kepada RM2.10 manakala harga diesel pula akan naik dari RM1.80 kepada RM2.00.
Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata harga minyak yang naik akan menyebabkan kesan rantaian ditambah dengan kelembapan ekonomi dan juga nilai ringgit yang menyusut.
"Ini akan menyebabkan kesan berlarutan. Kumpulan beroendapatan sederhana dan rendah akan menerima kesan yang teruk," katanya.
Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri, turut menyuarakan perkara sama, dan berkata peniaga akan meningkatkan harga barangan dengan menekan kepada pengguna. - 2 September, 2013.
No comments:
Post a Comment