Saya diminta oleh ramai sahabat untuk menjelaskan gambar saya menaiki sebuah pesawat jet peribadi yang tersebar di internet.
Oleh kerana ia difahami secara negatif, elok juga saya jelaskan.Gambar tersebut saya sendiri muat naik dalam grup whatsup dewan pemuda pas.
Ia adalah kebiasaan kami untuk memuat naik gambar-gambar menarik sekitar kehidupan peribadi dan jamaah yang menarik untuk dikongsi.
Gambar tersebut telah disebar keluar oleh kawan saya. Sudah pasti tujuannya adalah baik insya Allah.
Mungkin kerana tanpa penjelasan, ia menarik tafsiran pelbagai. Ia adalah penerbangan pada tahun 2012 dari Kota Bharu ke Ipoh bersama beberapa exco kerajaan negeri Kelantan dengan menaiki jet peribadi milik seorang tokoh korporat Melayu untuk lawatan ke ladang tanam semula balak yang diusahakan oleh beliau.
Lawatan itu adalah untuk melihat sendiri kejayaan projek tersebut. Tokoh korporat tersebut berhasrat untuk melabur di Kelantan. Tanam balak, bukan tebang balak. Beliau memohon tanah sudah kerja, bukan hutan simpan.
Saya difahamkan, ia masih dalam proses kelulusan. Ia jika berjaya, adalah terlalu baik untuk ekonomi dan mesra hijau negeri Kelantan.
Saya dipelawa menaiki jet peribadi tersebut oleh kawan saya yang rapat dengan tokoh korporat bergelar Tan Sri tersebut.
Ada kekosongan dan dengan izin tuannyalah kan?Apa perasaan saya? Wah, jawabannya ialah, jika anda, apa pula perasaan anda?Impian duniawi saya ialah menaiki kapal pelancongan Rusia menuju ke kutub utara, dunia serba putih.
Sapa boleh sempurnakan impian emas saya ini?
No comments:
Post a Comment