Follow blog ini

Monday, October 28, 2013

Iran ancam putus hubungan dgn malaysia jika rakyatnya dihukum gantung

TEHERAN, 25 Oktober - Kementerian Luar Iran memberi amaran bahawa hubungan negaranya dengan Malaysia akan terjejas ekoran keputusan sebuah mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas dua wanita warga Iran.

Timbalan Menteri Luar Iran, Hassan Ghashghavi berkata, hukuman mati itu akan memberi kesan yang negatif dalam hubungan melibatkan Kuala Lumpur dengan Teheran.

Kenyataan itu dibuat selepas terdapat laporan yang menyebut dua wanita Iran, Shahrzad Mansour, 31, dan Neda Mostafaei, 26, dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan menyeludup dadah methamphetamine ke Malaysia pada Disember 2010.

Menurut Hassan, hubungan persahabatan dan kesetiakawan antara Iran dan Malaysia akan dapat diteruskan jika hukuman tersebut tidak dilaksanakan.

Menurut ketua polis antidadah Iran, Kolonel Ali Moayedi, para penyeludup dadah telah berjanji dengan wanita tersebut untuk memberikan lawatan percuma ke Malaysia.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan warga Iran kerana peraturan visanya adalah mudah, kata Ali.

Sebagai pertukaran, pasangan wanita itu diminta untuk membawa beg yang mengandungi barang makanan tetapi ia juga diisi dengan dadah tersebut. - Agensi

4 comments:

  1. macam2....singgah di pagi hari.... selamat ber"blogwalking"......

    ReplyDelete
  2. Memang Iran ni negara Syiah laknatullah. Suka2 mengugut menjejaskan hubungan dgn Malaysia, jika rakyat dia dihukum gantung walaupun terbukti bersalah. Iran menghukum gantung dan membunuh penganut Islam Sunni dengan mencipta kesalahan untuk menghalalkan hukuman mereka. Semestinya 2 perempuan yg didapati bersalah membawa dadah dinegara kita berfahaman Syiah sebab itu kerajaan Iran sunguh2 berusaha agar mereka terlepas ditali gantung.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...