Follow blog ini
Tuesday, October 29, 2013
Tiada komplot gulingkan MB Selangor
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Anwar hari ini mengakui memang ada membuat teguran terhadap Abdul Khalid supaya hasil pendapatan negeri dapat ditumpukan kepada rakyat terutama di dalam bidang pendidikan dan infrastruktur, namun tidaklah sampai ke tahap mahu menggulingkan kerajaan negeri itu.
"Sebab itu ada orang kata Anwar mahu gulingkan, buat apa saya mahu gulingkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
"Azmin, kalau dia nak ambil alih tak kan saya tak tahu, yang tahu Utusan dan Utusan yang paling prihatin tentang masalah ini," ujarnya. -28/10/13
Se,mentara itu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan tiada sebab Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mahu menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim daripada meneruskan jawatannya bagi penggal kedua kali ini.
Malah, beliau yang juga pengerusi BBC tidak faham mengapa isu tersebut dibangkitkan semula seperti yang dilaporkan dalam media sejak akhir-akhir ini.
"Tiada sebab bagi kami (BBC) nak tukar Tan Sri Khalid. Saya tahu kamu mahu mendengar jawapan ini... Tidak ada sebab (nak tukar beliau)," katanya sambil ketawa kecil kepada pemberita di parlimen.
Semalam, Khalid dilapor menolak desas-desus bahawa jawatan yang disandangnya sejak 2008 bakal diambil alih oleh Azmin dan beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai ‘asam garam dalam dunia politik'. - sinarharian 28/10/13
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment