Kenaikan Gaji ADUN Selangor Adalah Wajar, Kata Pengarah Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi Dan Ekonomi
Kenaikan gaji ADUN Selangor adalah wajar - Wan Saiful IDEASPengarah Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata kenaikan gaji bagi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor adalah wajar supaya ia setara dengan tanggunjawab mereka.
Katanya gaji yang mereka perolehi perlu sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul kerana kuasa dan dana mereka pegang amatlah besar.
“Kalau majikan yang menyelia pekerja lima, enam orang dah gaji RM7,000 ribu, takkan wakil rakyat yang di bawahnya ada 70,000 orang pengundi di satu kawasan dapat (gaji) lebih sedikit dari itu,” kata Wan Saiful ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurutnya, adalah tidak munasabah sekiranya gaji seorang ADUN lebih rendah dari gaji seorang pensyarah universiti sebaliknya gaji mereka terutama Menteri Besar perlulah ‘selesa’.
Selain itu, Wan Saiful juga berkata kenaikkan gaji tersebut mampu mengelakkan golongan-golongan ini terjebak dengan rasuah.
“Saya tidak nafikan wujudnya faktor ketamakan, meskipun ramai yang ikhlas untuk bantu rakyat.
“Tapi kadang-kala bil air, kenduri dan (wang) kematian pun diminta dari wakil rakyat... jadi mereka terpaksa cari jalan lain untuk dapatkan wang bagi membantu rakyat dan sebagainya,” katanya.
Wan Saiful dalam laman Twitternya semalam telah memuji tindakan yang dibuat oleh Selangor itu, sambil menyifatkannya sesuatu yang wajar dicontohi oleh Kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain.
Wan Saiful Wan Jan @wansaiful
Tahniah Selangor kerana melakukan tindakan yang sepatutnya sudah lama dibuat. Wajar dicontohi oleh Pusat dan negeri lain.
Wan Saiful Wan Jan @wansaiful
Sekiranya ada yang bantah tindakan Selangor, saya gesa mereka berjanji untuk turunkan kembali gaji sekiranya menang. Jangan cakap kosong.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sarawak kerana menjadi negeri yang pertama menaikkan gaji Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, menteri, menteri muda dan ahli dewan undangan negerinya pada 21 Mei lalu.
Tambah Wan Saiful, IDEAS telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai kewajaran menaikkan gaji wakil rakyat sejak tahun 2011 lagi.
Sementara itu, penulis blog, Stephen Doss menyangkal pendapat yang mengatakan kenaikan gaji boleh membendung rasuah.
Beliau dalam Twitternya berkata, rasuah berpunca dari sifat tamak yang sentiasa ingin memperoleh wang dengan cara 'mudah'.
Stephen Doss @stephendoss
Why do people keep saying higher salaries will ensure PR excos will then not be corrupt? I thought they joined politics to serve
Stephen Doss @stephendoss
Higher salaries will stop people from corruption is a fallacy, greedy people will always be tempted by easy money
No comments:
Post a Comment