Follow blog ini

Monday, November 4, 2013

Kiraan awal DUN Sungai Limau PAS dahului Bn 500 - 250

perayu undi BN Sungai Limau dilihat lebih bermaruah


bergambar kenangan bersama

Kiraan undi di PRK SUngai Limau sudah bermula. Setekat ini PAS mendahului dengan jumlah undi 500 berbanding BN  yang mendapat undi 250

Setakat jam 1 petang tadi, peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mencecah 63.5 peratus yang melibatkan 17,281 orang pengundi.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Media N20 Sungai Limau, di sini, hari ini.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi meningkat pada jam 2 petang tadi menjadikan 18,843 atau 69.22 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab.

Sehingga jam 3 petang tadi, jumlah yang keluar mengundi meningkat kepada 20,876 orang atau 76.69 peratus

Setakat jam 5 petang tadi dan selepas semua pusat penggundian ditutup, peratusan keluar mengundi mencatatkan 85.5 peratus membabitkan 23,249 pengundi.

Peratusan itu merosot sebanyak 3.8 peratus membabitkan 1,157 pengundi berbanding mereka yang membuang undi dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, peratusan keluar undi mencatatkan 89.3 peratus membabitkan 24,406 pengundi.


Gambar menunjukkan Nasruddin  Hassan Tantawi lalu di hadapan perayu undi PAS dan BN yang berdiri berdekatan tanpa provokasi. mereka memberikan senyuman bersama Nasruddin untuk rakaman gambar ini.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...