Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.
Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.
Ia diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi.
Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.
Keputusan itu menunjukkan bahawa Mohamad berjaya menangkis cabaran Naik Amar yang dilihat sebagai mewakili kumpulan ulama dalam parti tersebut.
Mohamad Sabu diserang bertubi-tubi dari pelbagai sudut oleh para penyokong PAS yang kononnya pro ulama seperti yang terdapat diSINI, , SINI .dan SINI. Admin tidak fikir mereka adalah pro ulama bardasarkan apa yang mereka lakukan. Kempen jijik tidak menggambarkan mereka pro ulama kerana bentuk kempen seperti itu ternyata MEMALUKAN ulama PAS.
senyum ikhlas daripada Dato Nik Amar |
"Alhamdulillah diisytiharkan menang tadi. Ini adalah pertandingan persahabatan.
"Bagi kita (ini) pertandingan biasa yang sihat dan semuanya dalam satu parti," katanya dalam satu sidang akhbar.
Mohamad berkata tugas bersama dengan presiden akan beliau teruskan bersama dengan rakan-rakan yang lain - naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat yang dipilih.
"Biasalah, urusan akan diteruskan. Pakatan Rakyat akan diperkuatkan seperti yang disebut dalam usul-usul tadi.
"Maka kita berharap pasukan ini akan membawa PAS lebih cemerlang, Pakatan Rakyat yang lebih cemerlang untuk kita mengganti kuasa politik di Malaysia ini," katanya.
Jika cara jahiliah digunakan untuk mempromosi faksion "ulama" Pas,lebih baik tiada ulama.
ReplyDeleteKehadiran "ulama" sedemikian lebih membawa kemungkaran dari kebaikan.Mereka saolah olah membawa bisa keracunan dalam perjuangan yang lebih tepat digelar "ular dlm semak".
Jika yang menganggap mereka "ulama" sabenar dalam Pas ada maruah dan keikhlasan.mereka hendaklah mengcungkil siapa sabenarnya pemukul canang "ulama" ini,dan "ulama" mestilah mengutuk perlakuan mereka dalam promosi yang dilaksanakan.
Atau saja dalam hati dan jiwa mereka inginkan yang lebih 'hebat' ditunjulkan??????