Follow blog ini

Tuesday, November 5, 2013

video - penampilan awam pertama Mohamed Mursi selepas digulingkan


Presiden Dr Mursi yang memakai kot dan selua  biru gelap berserta kemeja putih tanpa tali leher kelihatan turun dari kenderaan polis dan diiring oleh pegawai keselamatan mesir menuju ke dewan mahkamah.

Ini merupakan penampilan sulung Dr Mohamed Morsi sejak digulingkan oleh tentera 3 Julai lepas dan dikurung tentera Mesir  di sebuah lokasi rahsia dengan sebarang bentuk komunikasi dilarang sama sekali.

Dr Mursi sempat menyampaikan pesan kepada Dr Eryan,

"Sampaikan salamku buat rakyat Mesir yang teguh dan thabat (tetap). Dan katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya saudaramu Mursi akan tetap teguh dan thabat dan tidak akan bertolak ansur dengan penghinaan ke atas agamanya dan negaranya"







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...