Follow blog ini

Thursday, December 12, 2013

Jangan tinggal Al Quran dan Hadis - Anwar Ibrahim di Washington

wilson centre

WASHINGTON, AS 11 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu maju dan menyesuaikan diri dengan cabaran globalisasi melalui reformasi pendidikan tinggi dan pembaharuan intelektual.

Menurut Anwar, reformasi pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam perlu berkembang daripada bentuk tradisional tanpa meninggalkan tradisi kajian keilmuan Al-Quran dan Hadis.

Namun, beliau menyatakan kebimbangan apabila keperluan mendemokrasikan akses pendidikan masih menjadi masalah yang berpanjangan di negara-negara Islam.

“Krisis pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara. Salah satu ialah kurangnya memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian pada ucaptama di Simposium ‘Reformasi Pengajian Tinggi dalam Masyarakat Islam’ yang dianjurkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Woodrow Wilson International Center for Scholars, Washington, AS.

dalam perjalanan ke Woodrow Wilson International,Washington.
'rakyat sokong dato sri anwar pergi..tonjol ketokohan beliau disana dan bolih sebarkan korup pemimpin malaysia diduniai luar..kerja banjir kami bolih ambil alih walau pun tiada dato sri anwar dalam negara..demi rakyat direstui .. kamibangga pemimpin ini diluar negara dengan perbelanjaan sendiri tanpa melibat wang rakyat satu sen..'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...