Follow blog ini

Tuesday, December 10, 2013

Mangsa banjir Kuantan marah, mahu ‘benam’ Bung Mokhtar


SHAH ALAM 9 DIS: Kemarahan mangsa banjir di Kuantan terhadap pemimpin BN khususnya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meluap-luap sehingga mengancam tidak membenarkan beliau menjejakkan kaki di Kuantan.

Fuziah SallehAhli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata luahan kemarahan itu disampaikan kepada beliau ketika beliau sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir sekitar daerah terbabit.

“Rata-rata mangsa banjir tahu isu saya membawa usul isytihar darurat di Kuantan, tetapi dibantah keras Bung Mohtar dalam Dewan Rakyat Selasa lalu. Memang ramai yang cukup marah.

“Oleh sebab itu, mereka cukup marah pada Bung Mohtar, mereka anggap Bung Mohtar tidak peka penderitaan mangsa banjir, hingga mereka kata tidak akan benarkan Bung Mohtar datang ke Kuantan tetapi kalau datang juga nak dibenamkan Bung Mohtar,” kata Fuziah ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

fuziahBagaimanapun Fuziah, sebagai pemimpin di kawasan itu menasihati agar mangsa banjir di pusat pemindahan banjir terbabit supaya bertenang dan bersabar dengan tidak terlalu mengikut emosi yang dalam kemarahan.

Kemarahan itu diluahkan gara-gara tindakan Bung Mohtar yang mempersendakan usul perisytiharan darurat di tiga kawasan yang dilanda banjir besar, Kuantan Indera Mahkota dan Paya Besar yang dibawa Fuziah.

Usul tersebut kemudiannya ditolak speaker dengan alasan setiap usul yang mahu dikemukakan sepatutnya hendaklah mengemukakan notis dua hari dan secara bertulis.

Bagaimanapun, mengenakan syarat notis selama dua hari untuk usul kecemasan seperti ini dianggap tidak masuk akal kerana ianya melibatkan keselamatan ribuan rakyat yang memerlukan tindakan segera.

Fuziah memberitahu perisytiharan darurat diperlukan bagi memastikan semua agensi kerajaan dan pasukan keselamatan boleh dikerah ke tempat bencana bagi memberi pertolongan seperti bantuan memindahkan penduduk, selimut, makanan, tempat tidur dan lain-lain.

Di beberapa tempat di Pantai Timur baru-baru ini dilanda bencana banjir paling teruk sejak lebih sedekad lalu sehingga melibatkan hampir 50,000 penduduk.

Bagaimanapun kerajaan didapati gagal mengambil tindakan segera dengan berkesan hingga menyebabkan mangsa banjir terpaksa kelaparan dan kesejukkan kerana terpaksa tidak dibekalkan makanan, selimut dan tidur terpaksa tidur di atas lantai simen.

-EZY

1 comment:

  1. Dengan adanya Speaker dalam batang tubuh Pundekar Aimain Hina (saja diterbalikkan maana nama dia) dan kongkang2 serta orang- utan2 menduduki kerusi majoriti Parlimen Malaysia,Parlimen telah dijadikan dewan bukan untuk kebaikan dan kepentingan rakyat,akan tetapi dijadikan dewan untuk mempersendakan keresahan dan kesakitan rakyat.
    Speaker sudah tidak dapat membezakan tanggungjawabnya sabagai orang yang memfasalitas (facilitate) wakil2 rakyat mengemukakan isu2 kelohan dan keprihatinan rakyat dengan membolihkan ampuan dan bodekan kapada pemimpin2 parti kerajaan manoriti diutarakan!
    Speaker Pundekar tidak dapat membezakan yang hak dari yang bohongan dalam pembuncangan dewan yang sawajibnya menjadi forum untuk kepentingan rakyat.
    Kita hairan bagaimana,jika dia saorang yang waras,membuat keputusan yang bertentangan dengan pertimbangan perikemanusian.
    Bagaimana sikap kebinatangan diizinkannya tampa dakwaan yang lazim dikenakan kapada wakil2 yang mengutarakan isu2 rakyat?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...