Follow blog ini

Thursday, January 23, 2014

KANAK-KANAK DUA TAHUN DIBUNUH KEJAM DI DUNGUN

Terengganu memang negeri yang banyak mengejutkan Malaysia. Pelbagai berita dalam negeri Terengganu menjadi perbualan hangat di internet. Kisah ramaja terlampau dan paling popular kisah bangunan runtuh.

hari ini Terengganu mengejutkan kita lagi kerana berlaku pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak perempuan berusia dua tahu di Dungun.

Manusia kini sudah hilang kawalan diri. Siapa pun pelakunya dia perlu dihukum mengikut undang-undang sedia ada.

Apakah dosa kanak-kanak kecil ini sehingga tergamak membunuhnya dengan kejam.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua Dungun, jam 3.20 petang tadi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Berita Harian
Terkini polis telah berjaya menahan tiga individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek utama yang juga teman lelaki ibu mangsa berusia 25 tahun, ditahan di Kuala Paka jam 3.30 petang semalam.

"Polis mencari lelaki ini sejak 18 Januari lalu iaitu sejurus laporan polis dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 27 tahun mengenai kehilangan anaknya.

"Susulan penahanan ibu mangsa juga, kita mendapat tahu laporan dibuat sebelum ini adalah palsu dan wanita itu mendakwa dia dipaksa berbohong oleh suspek utama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, sebentar tadi.

Manoharan berkata, ketika ditahan, semua suspek dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah.

"Kita percaya semua suspek termasuk ibu mangsa terbabit dengan dadah dan turut menjadi pengedar secara kecil-kecilan," katanya


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...