Apabila seseornag menggunakan ilmu yang ada padanya untuk menonggang terbailkkan hakikat tidak akan ada berkah daripada ilmunya itu. Kenyataan Harussani tentang halah darah pendemo TURUN sama sekali tidak berlandaskan Islam.
Walaupun beliau menggunakan istilah 'bughah' untuk merujuk kepada pendemo namun ianya tidak bertepatan dengan maksud bughah dari segi istilah dan ilmu.
Tulisan di bawah ditulis oleh Exco Dewan Pemuda PAS Perak dan AJK Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis PAS Perak,Ijazah Sarjana Muda Kepujian,Universiti al Azhar
Artikel ringkas sebagai tatapan semua,berkenaan kenyataan Mufti Perak yang meragukan iaitu apabila beliau mengatakan peserta TURUN baru-baru ini sebagai bughah dan halal darah.
Bughah (pemberontak) ialah sesiapa sahaja yang melampaui batas yang sepatutnya dipatuhi.Didalam istilah Bahasa Arab asal perkataannya bermaksud “zalim”.Secara umum,bughah ialah sekumpulan umat Islam yang menentang pemerintah Islam dan melanggar arahannya atau menghalang hak Allah ataupun hak manusia.
Dalilnya :-
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِين
"َSekiranya terdapat dua puak dari orang-orang yang beriman berperang,maka damaikanlah diantara keduanya;jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain,maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah;jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah) serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara);sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Adakah Peserta TURUN berperang?.Sehingga dikatakan Bughoh (pemberontak)?.Adakah penentangan dilakukan dengan kekerasan sehingga dikatakan bughoh?.
Syarat Untuk Membasmi Pemberontak :-
1. Pemberontak tersebut mestilah mempunyai kekuatan dan ketahanan tersendiri,samada bilangan yang ramai atau mempunyai kubu untuk menentang pemerintah.Cuba lihat bagaimana Peserta TURUN lakukan?.Mereka mempunyai kekuatan menentang kerajaan?.
2. Pemberontak itu mestilah benar-benar diluar kawalan pemerintah disebabkan kekuatan mereka.Sekiranya masih dalam keadaan terkawal,maka sudah tentu tidak perlu diperangi.Cukup sekadar menangkap sahaja.Peserta TURUN diluar kawalankah wahai mufti?.
3. Mestilah mempunyai tafsiran yang dibenarkan dalam ruang ijtihad bahawa mereka ini pemberontak dengan alasan yang kukuh iaitu menentang pemerintah.Peserta TURUN berdemo dengan aman,tanpa senjata dan kekacauan,adakah ditafsirkan sebagai pemberontak?.
4. Pemberontak tersebut mempunyai tokoh yang ditaati,yang menguatkan pengaruh mereka.Walaupun bukan sebagai pimpinan tertinggi tetapi pandangannya dijadikan sebagai “sandaran”.Adakah kata-kata pimpinan TURUN dijadikan “sandaran” sehingga menguatkan kekuatan mereka?.
Atau rakyat bangkit disebabkan cukai yang haram itu?..
BILA PULA MALAYSIA NI MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD HINGGA PESERTA DEMONTRASI DIGELAR "BUGHAH"?..
Oleh : Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil
No comments:
Post a Comment