Follow blog ini

Monday, January 27, 2014

NOH OMAR KESAL TAK DAPAT SEKOLAHKAN KHALID SAMAD

Memang tak patut Sinar membatalkan debat pejuang kalimah ALLAH si Noh Omar dengan Khalid Samad.

Memang pelik apabila Noh Omar mendakwa dirinya dipermain-mainkan. Mengapa dia berkata demikian tidak diketahui. Adakah pembatalan tersebut tidak diberitahu oleh penganjur kepadanya?

Dia nak sekolahkan Khalid Samad katanya... fuiyoo... hebat kau Noh Omar. Pastinya makin ramai penyokong kau dalam PRU14 nanti.

"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah.

“Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur," tulis beliau di laman Twitter hari ini.
Khalid samad dalam blognya menulis.....

Saya dimaklumkan lewat malam tadi oleh pihak penganjur iaitu Sinar Harian bahawa debat saya dengan Noh Omar telah dibatalkan atas sebab tertentu. Saya sampaikan berita pembatalan ini kepada sahabat-sahabat saya dan ramai yang berkata "seperti dijangka". Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pihak di sebelah sana tidak yakin dengan kebolehan Noh berhujjah secara ilmiah.

Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'. Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh. Ianya hanya satu ijtihad yang tidak berasaskan kefahaman yang tepat terhadap masalah murtad ummat Islam di negara ini. Punca sebenar murtad ialah kejahilan agama dan kelemahan kepimpinan pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mampu menzahirkan kehebatan dan kebenaran Islam.

Tidak mengapa, jika diizinkan Allah lain kalilah pula. Tetapi untuk santapan dan 'sentapan' hari ini, saya kongsikan gambar( bawah) laman web kedutaan Arab Saudi yang jelas terpapar gambar bendera negara tersebut. Sila lihat terjemahan rasmi kalimah syahadah yang di buat oleh mereka. Bila agaknya PERKASA dan JATI bercadang untuk buat demo di hadapan kedutaan Arab Saudi pula? Ajar mereka bahasa Arab yang betul dan perbetulkan terjemahan mereka!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Macam buat-buat terkejut saja. Rasanya tak ada orang akan percaya kat dia ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...