Menurut sttistik di atas sebanyak 135 permohonan murtad telah diluluskan di seluruh negara. Bermakna juga sejumlah 135 orang telah pun murtad secara sah di sisi undnag-undang.
Apa yang menarik perhatian ialah jumlah permohonan untuk murtad. sebanyak 686 kes. setelah 135 disahkan murtad, bakinya adalah 551 orang manusia yang terumbang ambing pegangan agamanya.
Mereka ini,
jika memohon murtad untuk berkahwin, akan meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing.
Jika memang mencintai agama lain, dia akan terus mengamalkan agama tersebut dan jika berniat untk hidup bebas tanpa agama, dia akan berbuat sesuka hatinya.
Semua itu berlaku kerana dalam dirinya tiada lagi kepentingan beragama Islam. Ada perkara yang lebih dipentingkannya. Maka berlakulah kewujudan manusia berstatus Islam yang telah pun terbatal syahadahnya.
Setiap tindak tanduknya akan dilihat sebagai seorang Islam walau hakikatnya bukan begitu. Imej dibawanya memberi gambaran buruk terhadap Islam itu sendiri.
No comments:
Post a Comment