Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung bagi menyatakan pendiriannya untuk tidak menghadiri majlis jamuan diraja selepas pembukaan parlimen Isnin depan.
Keputusan tidak menghadiri majlis tersebut sebagai tanda bantahan terhadap keputusan mahkamah rayuan,yang mensabitkan beliau bersalah dalam kes Fitnah II, semalam.
Ini kerana jamuan berkenaan akan turut dihadiri ketua hakim negara,selain perdana menteri dan barisan menteri kabinet yang dilihat campur tangan dalam keputusan mahkamah.
“Buat apa nak senyum hipokrit dengan orang yang zalim dan takbur? Buat apa nak hormat ketua hakim negara yang tak hormat perlembagaan dan undang-undang yang menjadi alat perkakas pemimpin?” soalnya dalam ucapan penggulungannya di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun katanya lagi, beliau hanya akan menghadirkan diri dalam ucapan Yang Dipertuan Agung, sebaliknya beliau dan pimpinan Pakatan rakyat tidakakan bersama dengan ahli parlimen BN dalam upacara perbarisan 10 Mac ini.
“Saya dan pimpinan bersedia dan setia akan menghadap Yang Dipertuan Agung bila-bila masa walaupun tanpa jamuan,” katanya.
Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/03/anwar-ibrahim-tolak-jemputan-yang.html#ixzz2vO5txbSs
No comments:
Post a Comment