Follow blog ini

Friday, March 21, 2014

Jurutera simulator anggap tuduhan ke atas pilot Mh 370 tidak berasas

Berikutan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Kapter Zaharie Ahmad Shah oleh pihak tertentu hingga berlaku penggeledahan rumah beliau membuatkan seorang rakan beliau bersuara menyatakan kebenaran.

Rakan juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Ini antara emailnya..



Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas ~ AstroAwani

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...