Follow blog ini

Saturday, March 22, 2014

MH 370 Kerajaan Malaysia Penipu dan Pembunuh

Kelemahan kerajaan Malaysia terpampang ketara di mata duni berikutan kehilangan Mh370 14 hari lalu. Pelbagai kenyataan dari pihak kerajaan dan MAS bercanggah antara satu sama lain menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.

Kenyataan palsu atau lebih tepat lagi perbuatan menipu yang dilakukan pihak tertentu dalam Malaysia seperti menyatakan hanya manggis dalam kapal tersebut akhirnya memalukan Malaysia kerana terbukti terdapat bateri lithium-ion yang berbahaya dalam muatan MH370.

Menipu rakyat adalah perkara biasa tetapi menipu dunia luar adalah sesuatu yang teramat BODOH.

Waris penumpang warga China dalam pesawat MH370 yang hilang, meluahkan kemarahan mereka terhadap para pegawai Malaysia dan menuduh mereka membunuh, semasa taklimat di Beijing.

Menurut laporan AFP, para pegawai tersebut berada di Hotel Lido untuk memberi taklimat kepada keluarga penumpang tentang status usaha mencari dan menyelamat yang kini masuk ke minggu ketiga hari ini.

Pihak polis terpaksa campur tangan untuk menghalang mereka daripada menyerang delegasi tersebut, yang terpaksa meninggalkan bilik tersebut.

"Kerajaan Malaysia menipu kita. Mereka tidak berani berdepan dengan kami. Kerajaan Malaysia adalah pembunuh terbesar," jerit seorang ahli keluarga di taklimat itu .

Pegawai Malaysia Airlines mengadakan taklimat setiap hari kepada keluarga penumpang terbabit tetapi reaksi hari ini adalah antara yang paling panas.

"Kerajaan Malaysia, beritahulah kita yang benar! Pulangkan orang-orang yang kita sayangi!" jerit seorang ahli ahli keluarga.

"Kami tidak boleh menanggungnya lagi... Mereka menawarkan kami pampasan, tetapi kami telah kehilangan seluruh keluarga kami.

"Mereka tidak boleh hanya memberitahu kami untuk datang atau pergi sesuka hati mereka. Kita akan tunggu di sini. Jika mereka tidak datang, kami tidak meninggalkan tempat ini," kata seorang wanita lain dipetik sebagai berkata./~malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...