Mungkin kerana skripnya baru siap.. setelah hampir dua minggu berlalu, akhirnya Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab dakwaan Tun Musa Hitam terhadapnya berhubung dengan isu Memali.
Seperti biasa dan sebagaimana yang telah dijangka oleh banyak pihak.. bila kena batang hidung dia sendiri langsung dia tak ingat apa yang berlaku..
Bacalah!!
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya, Tun Musa Hitam ada menasihati beliau supaya menangguhkan lawatan kerja ke China susulan insiden berdarah di Memali pada 19 November 1985.
Dr. Mahathir berlepas ke Beijing untuk lawatan negara sehari selepas kejadian itu.
"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina.
"Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," katanya dalam satu makalah di blognya, chedet.cc.
Beliau juga yakin Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sebagai pemangkunya dan sepanjang berada di luar negara, tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh timbalannya itu.
Dr. Mahathir menulis makalah itu sebagai menjawab kenyataan Musa baru-baru ini bahawa bekas Perdana Menteri itu berada di tanahair semasa kejadian Memali dan beliau bukan memangku tugas Perdana Menteri.
Forum
Isu siapa yang ada dan tidak ada di dalam negara pada masa kejadian Memali timbul semula selepas Musa dalam satu forum di Kota Bharu, Kelantan pada 27 Mac lepas mendedahkan bahawa Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur "dua tiga hari" selepas insiden itu berlaku.
Dalam satu penjelasan lebih kurang seminggu selepas forum itu, Musa berkata beliau memohon Dr Mahathir supaya menangguhkan lawatan ke China selepas kejadian tersebut antara lain dengan alasan ia memperlihatkan beliau mengambil berat peristiwa yang telah berlaku apatah lagi ia berlaku di Kedah, negeri Dr. Mahathir sendiri.
Menurut Dr. Mahathir, soal beliau kononnya tidak ada dalam negeri semasa kejadian itu bukan disebarkan oleh dirinya sendiri. Malah kata beliau, dalam bukunya -- merujuk kepada memoirnya, A Doctor in the House yang juga diterjemahkan dengan judul Doktor Umum -- beliau tidak sebut perkara itu.
Jelas Dr. Mahathir, apa yang diketahui umum ialah Musa pada masa itu merupakan Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil.
"Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," katanya.
Kabinet
Menurut Dr. Mahathir, semasa beliau jadi Perdana Menteri, masalah keselamatan negara dipikul bersama oleh beliau dengan Timbalan Perdana Menteri dan antara mereka, masing-masing memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan atau Menteri Dalam Negeri.
"Amalan ini disebabkan soal keselamatan negara begitu penting," katanya.
Dr. Mahathir juga menarik perhatian kepada tugas Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab atau sekurang-kurangnya merestui tindakan terhadap ancaman keselamatan negara yang besar.
"Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," katanya.
Dr. Mahathir juga mempertahankan Musa apabila berkata beliau tidak fikir Musa telah meramalkan akan berlaku kehilangan nyawa dalam kejadian di Memali hasil keputusannya sebagai Menteri Dalam Negeri.
Pada pagi 19 November 1985 itu, polis membuat operasi di Memali untuk menahan Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa terlibat dalam kegiatan memecah-belahkan umat Islam.
Dalam serbuan itu, empat anggota polis terbunuh bersama-sama 14 penduduk kampung termasuk Ibrahim.
"Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan," kata Dr. Mahathir.
Bekas Perdana Menteri itu juga mengakui kejadian itu tidak sepatutnya berlaku tetapi beliau bertanya apakah ia harus dibiarkan melarat sebelum diambil tindakan.
Dewan Rakyat pada Rabu menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kertas putih berhubung peristiwa Memali ditarik balik ~ AstroAwani
sang prediksi togel...nyah kamu dari sini manusia yang sukakan judi..perkara yang Allah benci...
ReplyDeleteTuan/puan empunya blog,
ReplyDeletemintak saling tukar link.
http://libanglibu.blogspot.com/