Follow blog ini

Friday, August 22, 2014

Suhaizan Kaiat Sudah Kena

KUALA LUMPUR: Pihak Pejabat Presiden PAS ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat seolah-olah wujud titah arahan tertentu Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan," jelas Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau menjelaskan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi telah memohon mengadap Tuanku pada hari raya keempat sempena Hari Raya Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan daripada baginda mengenai isu MB Selangor. - HARAKAHDAILY 21/8/2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...