Follow blog ini

Tuesday, July 23, 2013

Gimnastik dan renang perlu difatwakan haram untuk wanita Islam

Rasa terpanggil dengan komen dua peserta ratu cantik Miss Malaysia yang mempertikai keputusan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang melarang mereka meneruskan pertandingan itu. Apa yang menarik perhatian gua adalah suatu yang amat jelas yang selama ini kita semua terlepas pandang. Komen peserta beragama Islam bernama Sara Amelia Bernard yang berbunyi, "Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya. Sebenarnya komen mereka tidak harus dipandang sepi oleh Jakim atau Majlis Fatwa kerana aktiviti dalam pertandingan gimnastik lebih menjolok mata dan mengaibkan. Lihat sahaja beberapa contoh aktiviti gimnastik di bawah dan bandingkan dengan aktiviti pertandingan ratu cantik dengan berpakaian bikini. Apa penilaian anda?

Memang aktiviti gimnastik lebih menjolok mata dan perlu difatwakan haram kepada wanita Islam oleh pihak berkuasa demi menjaga maruah agama Islam dan orang-orang Islam itu sendiri.

Mufti and ulamak perlu bertindak segera... jangan buat fatwa pipih-pilih ikut keperluan. Ada yang haram tapi belum difatwakan haram. Kegagalan berlaku adil dalam mengeluarkan fatwa adalah punca ramai tidak menghormati institusi perundangan Islam di Malaysia.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...