Seorang penyampai berita dan aktress Perancis terpaksa menyampaikan laporan cuaca tanpa seurat benang akibat keceluparan mulutnya sendiri.
Doria Tiller pada satu rancang tv Perancis telah mencabar pasukan bolasepak Perancis pimpinan Frank Riberry. Perancis yang mengalami defisit 0-2 kepada Ukrain membuatkan jelitawan itu yakin Perancis tidak mampun mengatasi defisit tersebut lalu membuat pertaruhan dengan menyatakan dia akan menyampaikan laporan cuaca sambil berbogel jika Perancis Layak ke Piala Dunia 2014.
Pasukan juara Piala Dunia 1998 itu berhempas pulas bermain untuk mendapatkan tiket ke Pusingan Akhir Piala Dunia di Brazil tahun hadapan.
Di pihak penonton mereka mempunyai dua harapan iaitu perancis layak ke Brazil dan berpeluang melihat Doria Tiller berbogel.
VIDEO: Sila scroll ke bawah untuk menonton Doria Tiller membentangkan ramalan cuacanya dengan bertelanjang di Perancis
Aksi-Aksi menggoda Doria Tiller ketika membuat janji/sumpah untuk berbogel di televisyen
Doria Tiller
Doria Tiller
Doria Tiller
Apabila Perancis berjaya mendahului Ukrain, Doria Tiller menulis di twitternya menyatakan perasaan stress yang dialaminya ketika itu.
Perancis akhirnya berjaya mengharungi perlawanan genting tersebut dengan menewaskan Ukrain 3-0 dan melayakkan diri ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2013 di Brazil dengan aggregate 3-2.
Keputusan itu membuatkan Doria Tiller kepanasan kerana cabarannya telah dibuat dihadapan umum melalui kaca televisyen. Dia tidak dapat mengelak. Ribuan manusia seluruh Perancis menanti saat-saat yang dijanjikan.
Akhirnya dia terpaksa juga menunaikan segala janjinya dengan menyampaikan laporan cuaca sambil betelanjang bulat.
Terbaru melalui sebuah trailer awal yang dihidangkan oleh Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd melalui trailer Laga, menampilkan Marsha Milan Londoh dengan keadaan yang menghairahkan dalam keadaan berkemban.
Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan & beberapa nama besar yang lain.
Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem ke 2 hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob?
Hal ini pasti satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatah lagi tiada nama-nama komersial didalam filem arahanya kali ini.
Di tengah-tengah rancak dan kalut nya perdebatan nasional di Perancis berkaitan dengan tudung kepala/jilbab/hijab , seorang rapper Perancis telah mengejutkan semua peminatnya dengan mengumumkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam dan memilih untuk mengenakan jilbab.
Mélanie Georgiades, yang juga terkenal dengan panggilan nama ''Diam'' ini, telah melakukan “transformasi lengkap” bila dibandingkan dengan sebuah gambar ketika dia sebelum muslim di tahun 2009.
Sejak tahun 2009, Diam sudah mulai bersara dari aktiviti nyanyian rap, Namun baru-baru ini bekas rapper Perancis itu membuat penampilan baru di televisyen dengan citra barunya.
Diam yang muncul dalam sebuah wawancara TV eksklusif dengan stasyen TV TF1 Perancis, untuk berkongsi tentang pengalaman masa lalu nya ,mengenai keterlibatannya dengan ketagihan ubat-ubatan terlarang, narkotik, dan hingga beliau pernah di masukkan ke rumah sakit jiwa sampai lah ke tahap dia menemui ketenangan dari Islam.
Hidayah ini datang kepadanya secara tidak disengaja,kata nya,pada mula nya dia sangat tertarik ketika melihat seorang teman Muslimnya bersolat.
Diam mengatakan dia telah berkahwin selama lebih dari setahun dan sekarang dia baru sahaja menjadi ibu, dan sudah menjauh dari kehidupan yang bergantung kepada ubat-ubat penenang,ubat-ubat terlarang dan narkotik. Dalam wawancara TV-nya itu dia mengatakan dia “beralih keyakinan ke Islam adalah hasil dari keyakinan peribadinya sendiri , setelah dia memahami dan membaca Al-Quran.”
Ketika ditanya tentang pemakaian jilbab di Perancis, sebuah negara yang telah melarang jilbab itu , dia berkata: “Saya percaya bahawa saya hidup dalam masyarakat yang toleransi, dan saya tidak merasa terluka hati oleh kritikan, ataupun penghinaan dan stereotip negatif. ”
Ditanyakan oleh pewawancara-nya tentang mengapa dia memakai jilbab sementara banyak juga wanita Muslim tidak memakainya dia menjawab: “Saya melihatnya (jilbab itu) sebagai perintah Allah , ini membawa kebahagiaan di hati saya dan bagi saya ini sudah cukup. ”
Diam yang mengatakan bahawa dengan memeluk Islam dia mendapatkan ketenangan dan kedamaian dan bahawa zaman lalu nya sudah tidak sesuai dengan hidupnya lagi, yang saya tahu sekarang saya menjadi tahu apa tujuan keberadaan saya, dan mengapa saya di sini di Bumi Allah ini. ”
Membahas bagaimana hidupnya sebelum menjadi muslimah, Diam mengatakan: “Saya dahulu sangat terkenal dan saya memiliki apa yang setiap orang terkenal miliki, tapi saya selalu menangis dan meratap sendirian di rumah''
Dia menambahkan: “Saya sangat ketagihan ubat-ubatan, termasuk narkotik dan berhalusinasi dan dirawat di rumah sakit jiwa untuk pulih, tapi ini sia-sia sampai saya mendengar salah sseorang teman Muslim saya mengatakan ‘Saya mahu solat dahulu dan akan kembali , jadi saya mengatakan padanya bahawa saya ingin solat juga'.
Mengingati saat itu, Diam itu mengatakan: “itu adalah pertama kalinya saya menyentuh lantai dengan kepala (bersujud) , dan tiba-tiba saya memiliki perasaan yang kuat bahawa saya tidak pernah mengalami (kebahagiaan ini) sebelumnya, dan saya percaya sekarang bahawa berlutut dalam doa, tidak harus dilakukan kepada siapa pun selain untuk Allah. ”
Diam mengatakan bahawa dia pindah ke Mauritius untuk mempelajari Al-Quran, dan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang Islam, dan toleransinya Islam.
Dikenali dengan nama Akhal-Teke, ia merupakan spesies kuda berbulu emas keturunan (breeding) dari Turkmenistan.
Selain berpenampilan penuh kemilau seperti emas, kuda jenis ini juga dikenali kerana ketangkasan serta punya daya tahan yang hebat untuk melakukan aktiviti berat.
Spesies Akhal-Teke merupakan spesies kuda terancam yang hanya tinggal sedikit jumlahnya. Kuda yang juga menjadi lambang negara Turkmenistan ini menurut wikipedia hanya berjumlah sekitar 3500 ekor sahaja ketika ini.
Pelakon dan penyanyi yang mula dikenali menerusi program Masterchef Selebriti Malaysia, So Wincci yang telah mencuba berpuasa pada tahun lalu masih meneruskan usahanya berpuasa pada tahun ini. Walaupun ada pihak yang mengecam tindakannya itu memandangkan dia bukan beragama Islam, Wincci tidak melenting, sebaliknya menjelaskan niatnya dengan cara baik.
“Dapat dilihat pelbagai komen telah diberikan mengenai isu saya berpuasa.
Ada yang negatif dan ada juga yang positif. Namun, saya cuba tidak melatah dengan isu tersebut, sebaliknya menerangkan mengapa saya mengambil keputusan untuk berpuasa.Keluarga yang banyak menentang keputusan saya untuk berpuasa pada tahun lepas kini mula memberi sokongan kepada saya. Mereka lebih peka untuk tidak makan depan Wincci dan makan pada waktu berbuka bersama-sama saya,” katanya.
Bagi Wincci, puasa tahun ini lebih bermakna buat dirinya kerana dia dapat merasai nikmat berpuasa dan pada masa yang sama turut mendidik diri ke arah kebaikan. Dia berpendapat, selain menahan diri dari lapar dan dahaga, puasa juga mengajar erti kesabaran serta saling menghormati satu sama lain.
“Menanti saat berbuka membuatkan saya lebih menikmati makanan, tetapi saya tidak mengamalkan makan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kerja lain terbantut sebaliknya saya lebihkan makan ketika sahur,” kata Wincci.
Antara cabaran buat Wincci ketika pada bulan puasa ini ialah dia perlu menjalani sesi latihan tarian tiang untuk persembahannya untuk sebuah konsert pada 17 Ogos ini di Bukit Jalil. Latihan yang diadakan pada siang hari itu sedikit sebanyak mengujinya kerana badan terasa agak penat selain tekak berasa dahaga.
Selain itu, Wincci juga tampil dengan lagu raya nukilannya sendiri berjudul, ‘Salam Aidilfitri’. Malah dia juga turut berkolaborasi dengan Dina Nadzir, One Nation Emcee dan beberapa artis lain untuk menyanyikan sebuah lagu rancak yang bertemakan raya.
Rasa terpanggil dengan komen dua peserta ratu cantik Miss Malaysia yang mempertikai keputusan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang melarang mereka meneruskan pertandingan itu.
Apa yang menarik perhatian gua adalah suatu yang amat jelas yang selama ini kita semua terlepas pandang.
Komen peserta beragama Islam bernama Sara Amelia Bernard yang berbunyi,
"Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.
Sebenarnya komen mereka tidak harus dipandang sepi oleh Jakim atau Majlis Fatwa kerana aktiviti dalam pertandingan gimnastik lebih menjolok mata dan mengaibkan. Lihat sahaja beberapa contoh aktiviti gimnastik di bawah dan bandingkan dengan aktiviti pertandingan ratu cantik dengan berpakaian bikini. Apa penilaian anda?
Memang aktiviti gimnastik lebih menjolok mata dan perlu difatwakan haram kepada wanita Islam oleh pihak berkuasa demi menjaga maruah agama Islam dan orang-orang Islam itu sendiri.
Mufti and ulamak perlu bertindak segera... jangan buat fatwa pipih-pilih ikut keperluan. Ada yang haram tapi belum difatwakan haram.
Kegagalan berlaku adil dalam mengeluarkan fatwa adalah punca ramai tidak menghormati institusi perundangan Islam di Malaysia.