Hujung Ramadhan bersamaan 6 Ogos 2013, Kampung Kinapulidan, Ranau dikejutkan dengan penemuan batu yang tertulis ayat Bismillahirrahmaanirrahim.
Batu bertulis ini ditemui seorang pelajar SMA Toh Puan Hajjah Rahmah iaitu adik Mohd Rafi bin Marani dan rakannya kira-kira jam 1.30 petang ketika sedang mandi di Sungai Kaingaran.
Melihat tulisan, jelas ia ditulis dengan cermat dan kemas. Penemuan ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk dan pengunjung; Siapa penulis? Berapa usia tulisan? Tujuan apa ditulis dan sebagainya. Barangkali pengkaji sejarah Islam boleh memberi jawaban persoalan ini.
sumber- cahaya
No comments:
Post a Comment