Pemuda Umno Perak mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penjualan buku ‘Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia.
Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Haron berkata langkah itu wajar kerana buku tersebut mempunyai unsur untuk mensabotaj dua mantan Perdana Menteri Malaysia.
“Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan,” katanya.
Beliau yang juga calon Naib Ketua Pemuda Umno berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Pemuda Umno Perak di Kompleks Belia dan Sukan, semalam.
Buku itu yang disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin telah menimbulkan kontroversi apabila ada kandungannya mengandungi temuramah bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperlekehkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat umum sebagai usaha untuk melaga-lagakan bekas pemimpin utama negara.
“Saya masih belum membaca isi kandungan buku tersebut, walaubagaimanapun saya telah mengkaji buku ini di internet memang terdapat unsur sabotaj terhadap Tun Abdullah dan Tun Mahathir,” katanya.
Beliau mengesa agar rakyat tidak terkeliru dengan isi kandungan buku tersebut serta berprasangka buruk.
“Jika mahu jual luar, terpulang, tetapi tindakan mengharamkan buku ini harus diambil serius oleh kerajaan kerana kemungkinan besar isi kandungannya boleh menjatuhkan imej negara,” tambahnya
- FMT
Pemuda umno Perak seperti orang mmg bodoh jika berpendapat kandungan buku ini boleh menjatuhkan imej negara.....
ReplyDelete