1) Ummu Nidhal (Palestin).
Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang 'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi di dalam tahanan Israel.
Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah:
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".
Maka bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali'-Imran ayat 169 yg bermaksud
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"
Mereka 'hidup' di hati kita dengan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat kita demi meneruskan perjuangan ini.
Ummu Nidhal ketika menatap wajah anaknya yang syahid dalam perang lapan hari dengan Israel |
Asmaa Mohamed El Beltagi berusia 17 tahun dan adalah antara yang dibunuh pada Tragedi berdarah di Medan Rab'ah semalam. Beliau juga adalah anak kepada tokoh Ikhwan iaitu El Beltagi.
Jenazah Asmaa El Beltagi didoakan oleh ayahnya (gambar kecil |
3) syahidah habibah ahmad abdul aziz "
wajah suci syahidah habibah ahmad abdul aziz "nyenyak beradu"setelah terkorban di medan rabiatul adawiyah semalam.
Merupakan seorang mahasiswi mujahahidah yang dimasukkan ke hospital Rabi'ah setelah ditembak di betisnya.
Kemudian menemui syahid setelah ditembak di kepalanya oleh seorang sniper ketika mendapat rawatan di hospital tersebut.
Beliau adalah anak kepada seorang pemimpin Ikhwan Muslimin Hisham Saqar
No comments:
Post a Comment