Follow blog ini

Showing posts with label dunia arab. Show all posts
Showing posts with label dunia arab. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Khalid bin Sa'ad bin Abdul Aziz al-Saud dituduh culik, rogol dan bunuh gadis saudi

TEHRAN, 2 Jun (MNA) - Polis di Jeddah, Arab Saudi telah mengesahkan berita bahawa seorang gadis telah dirogol dan dibunuh oleh seorang putera Saudi.

Skandal itu merupakan satu lagi  dalam satu rangkaian skandal moral dan etika pada raja-raja rasuah Saudi yang korup dan jenayah mereka terhadap rakyat Saudi.

Cerita ini bermula apabila saksi di Samer, pinggir bandar Jeddah, melihat perempuan digugurkan daripada kereta JMC. Rakyat yang menyaksikan peristiwa  itu segera membaluti gadis dengan selimut dan menghubungi polis.

Selepas polis tiba, siasatan awal menunjukkan bahawa gadis itu telah meninggal dunia. Nombor plat JMC dimasukkan ke dalam sistem pengawasan kereta polis trafik dan ia menunjukkan bahawa ia dipunyai oleh seorang putera Saudi.

Kemudian, siasatan menyeluruh telah dilancarkan, dengan keputusan awal bahawa putera itu tidak lain tak bukan ialah Khalid bin Sa'ad bin Abdul Aziz al-Saud, yang, bertemu dengan gadis itu pada malam Rabu di pusat membeli-belah Al-Tuhayat . Gadis itu mencabar putera raja berkenaan.

Gadis itu diculik oleh sekutu itu putera dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui di mana beliau telah diserang secara seksual. Apabila dia cuba melarikan diri, dia dibunuh dan mayatnya dicampak di tepi jalan.

Tetapi media dikawal kerajaan tidak melaporkan apa-apa kejadian. Kalaulah tidak kerana media antarabangsa dan internet, kebanyakan cerita-cerita ini tidak akan diketahui umum.

Monday, August 19, 2013

Ummu Nidhal (Khansa' Palestin) syahid di Mesir

Empat orang wanita ini adalah antara 3000 yang syahid dalam serangan ganas tanpa peri kemanusiaan oleh tentera Mesir pimpinan Abdul Fatah Al Sisi.

1) Ummu Nidhal (Palestin).
Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang 'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi di dalam tahanan Israel.

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah:

"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

Maka bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali'-Imran ayat 169 yg bermaksud

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"

Mereka 'hidup' di hati kita dengan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat kita demi meneruskan perjuangan ini.

Ummu Nidhal ketika menatap wajah anaknya yang syahid dalam perang lapan hari dengan Israel 
2) Asmaa Mohamed El Beltagi (Mesir)

Asmaa Mohamed El Beltagi berusia 17 tahun dan adalah antara yang dibunuh pada Tragedi berdarah di Medan Rab'ah semalam. Beliau juga adalah anak kepada tokoh Ikhwan iaitu El Beltagi.

 Jenazah Asmaa El Beltagi didoakan oleh ayahnya (gambar kecil


3) syahidah habibah ahmad abdul aziz "
wajah suci syahidah habibah ahmad abdul aziz "nyenyak beradu"setelah terkorban di medan rabiatul adawiyah semalam.

4) Asma' Hisham Saqar..

Merupakan seorang mahasiswi mujahahidah yang dimasukkan ke hospital Rabi'ah setelah ditembak di betisnya.

Kemudian menemui syahid setelah ditembak di kepalanya oleh seorang sniper ketika mendapat rawatan di hospital tersebut.

Beliau adalah anak kepada seorang pemimpin Ikhwan Muslimin  Hisham Saqar


askar Mesir palsukan bukti penemuan senjata demonstran

Hazim El Beblawi hensem macam Firaun
Kejahatan tentera Mesir yang dipimpin firaun Al-Sisi tidak dapat dinafikan walau dengan apa cara sekalipun. Mereka telah membunuh sebanyak 2500 orang deomonstran dan mencederakan lebih 10000 yang lain. Mereka membakar mayat mangsa yang dibunuh, membakar khemah kana-kanak ketika mereka sedang tidur dan paling teruk ialah membakar masjid yang menjadi tempat pengumpulan mayat dan demonstran yang cedera.

Sebelum tonton video, gua kisahkah dulu mat firaun muka buruk kat atas tu. Dia terus mengancam para demonstran dengan satu kenyataan ugutan yang berbunyi, "Kesabaran kami sudah tamat .. kami menyeru kepada semua penunjuk perasaan untuk pergi dan pulang ke rumah .. Keputusan untuk memecahkan perhimpunan Pro Morsi di Madinah Nasr dan Giza adalah muktamad dan tidak akan ditarik semula .. "

Sila tonton video ini. Dalam video ini, perbuatan mereka meletakkan bukti palsu (pistol) di dalam sebuah kotak milik demonstran telah didedahkan. Teknik biasa dilakukan oleh semua polis dunia.

Saksikan


sumber : wasukalu.com

Saturday, August 17, 2013

Ikhwan lancar Jumaat Jutaan Kemarahan

Ikhwanul Muslimin di Mesir telah menyeru semua penyokong presiden mereka, Dr Muhamad Mursi yang telah digulingkan untuk turun dalam perarakan 'Jutaan Kemarahan' sebagai protes terhadap keganasan yang baru saja dilakukan oleh pihak keselamatan terhadap kumpulan demonstran.

Pengumuman dilakukan sehari selepas kejadian ratusan terbunuh apabila pihak keselamatan menyita dua tempat utama penyokong-penyokong Dr Morsi berkumpul yang mana kawasan perhimpunan mereka ini telah diwujudkan sejak Dr Mursi digulingkan oleh pihak tentera sedari 3 Julai lalu.

"Penyokong anti-rampasan kuasa akan berarak esok bermula dari setiap masjid di Kaherah menuju ke Ramsis usai solat Jumaat dilakukan, perarakan ini akan dikenali sebagai Jumaat Kemarahan, kata jurucakap Ikhwanul Muslimin Gehad Al-Haddad dalam akaun twitter beliau.

"Walaupun kita merasakan kesakitan dan kehilangan terhadap pejuang-pejuang yang terkorban, jenayah terbaru yang dilakukan oleh pihak rampasan kuasa telah meningkatkan lagi semangat kami untuk terus berjuang sehingga pihak rampasan kuasa 'ditamatkan' ", beliau menyebut dalam satu kenyataan pada hari ini.

Kementerian Kesihatan memberitahu sekurang-kurangnya 578 terbunuh dalam operasi pembersihan dan pertempuran di seluruh tempat yang berlaku kelmarin menyebabkan lebih daripada 3500 cedera.

Kenyataan rasmi daripada pihak Ihwanul Muslimin menyatakan angka kematian yang sebenar jauh lebih tinggi, sambil jurucakapnya menyebut 2600 telah terkorban dalam pembunuhan beramai-ramai itu.

Ikhwanul Muslimin mengecam pihak tentera yang telah melakukan rampasan kuasa yang menyebabkan presidennya digulingkan pada bulan lepas. Sementara itu, liberalis dan golongan muda di negara ini yang menyokong rampasan kuasa berlaku melihat perkara yang berlaku sekarang merupakan satu tindak balas yang positif terhadap permintaan masyarakat awam Mesir.

Mesir semenjak hari pertama lalu,Khamis kini diisytiharkan berada dalam keadaan darurat. Di Kaherah, suasana kekal tegang dan tidak menampakkan ianya sedang beransur-ansur tenang.

Walaupun daurat diisytiharkan hingga 6 pagi waktu tempatan, namun dilihat masih ada yang mengambil risiko untuk keluar pada waktu malam tidak mengendahkan arahan ini.

"Bank ditutup dan kebanyakan syarikat juga cuti. Saya bercadang mahu pergi membeli-belah sekarang dan kemudian pulang ke rumah" , kata Hamed Zaghloul seorang penduduk di Kaherah.
Iskandariah 9.30 Pm waktu Malaysia 16.8.13
Iskandariah 10.00 Pm waktu Malaysia 16.8.13
El Mina 9.30 PM waktu Malaysia 16.8.13
Kaherah menuju medan Ramses 9.30 Pm waktu Malaysia 16.8.13
Fayoum 9.30 Pm waktu Malaysia 16.8.13
October Bridge sekitar jam 4ptg waktu tempatan

[Tiada lagi keganasan]

Polis pada hari ini dilihat sibuk bertungkus-lumus membersihkan sisa-sisa di dataran di Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah, di mana lokasi penyokong-penyokong Morsi telah disingkirkan dan ratusan telah terbunuh sejak Rabu lalu.

Penyokong-penyokong Mursi tetap teguh di sana sementara perarakan-perarakan menyokong Ikhwanul Muslmin terus dilakukan semalam. Pejabat-pejabat kementerian Mesir yang berpangkalan di Giza juga telah dimusnah dan dibakar oleh penyokong Dr Mursi sebagai protes. Mereka berhimpun di Masjid Al Amin, berdekatan dengan dataran Rabiatul Adawiyah menangisi kehilangan mereka dan menuntut akan tindakbalas yang bakal dilakukan. Sementara itu di kawasan lain, pihak polis juga meratapi rakan-rakan sekerja mereka yang turut terkorban dalam pertempuran Rabu itu.

Kaum keluarga yang terkorban berharap untuk mengebumikan jenazah-jenazah itu Khamis lalu, namun sebahagian daripada mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan permit yang sebenar. Mereka memberitahu pihak Kementerian Kesihatan menggesa pihak keluarga si mati untuk menyatakan pada sijil kematian bahawasanya jenazah-jenazah yang terkorban ini telah membunuh diri.

Tentera yang menyokong kerajaan sementara mengatakan mereka telah sedaya upaya untuk mengelakkan berlakunya kekerasan namun tidak mempunyai pilihan lain melainkan meleraikan demonstran dengan cara tersebut.

Penduduk-penduduk menyatakan mereka telah penat untuk menghadapi keganasan yang berlaku.

"Kami melihat sendiri Ikhwanul Muslimin juga bersenjata dan turut menembak ke arah polis. Perkara ini harus dihentikan. Keganasan perlu ditamatkan. Kami mahukan kestabilan", kata Ahmad Zeyan seorang penduduk di Kaherah.

Human Rights Watch, sebuah badan berorganisasi global hak asasi manusia mengutuk serangan yang berlaku Rabu lalu sambil mengatakan pihak kerajaan bertanggungjwab penuh dalam pembunuhan yang berlaku di dataran Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah.

Darurat telah diiisytiharkan selama sebulan, walaupun demikian Ikhwanul Muslimin tetap menyeru untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada hari ini, Jumaat.

Friday, August 16, 2013

Aksi askar dan polis Mesr membuli rakyat Mesir

Spinx turut menangisi nasib rakyat Mesir yang menjadi mangsa kerakusan tentera Mesir.

Beberapa gambar di bawah menunjukkan aksi kejam tentera dan polis Mesir dalam menangani demonstran yang tidak bersenjata.

Kekejaman mereka tergambar jelas. Keingian mereka hanya satu - menumpahkan darah rakyat Mesir bagi menakut-nakutkan mereka.

Namun hasrat mereka tidak kesampaian. Para demonstran kental dengan semangat memperjuangkan hak mereka. Nyawa dan fizikal adalah taruhan mereka. Darah yang mengalir dari tubuh bukan halangan untuk terus berjuang dengan cara tersendiri. Menunjukkan kepada dunia betapa rakyat Mesir menolak kudeta, menentang penangkapan Morsi dan inginkan demokrasi.


jenazah dilenyek dengan kereta perisai
jenazah dilenyek dengan jentolak tentera
wanita dipukul dan dibogelkan setelah pengsan
lelaki ditembak dan dibelasah
Menyerang dengan niat mencederakan/ membunuh orang tidka bersenjata
mencabul wanita 
jenazah dibakar 

Laila Elbaradei bekas Naib President Mesir berbikini

Pada tahun 2010, gambar ini telah dicopy daripada facebook Laila El-Baradei dan disiar dalam satu akaun facebook lain yang dengan tajuk "ElBaradei's Family Secrets".

El-Baradei membuat kenyataan bahawa kerajaan Mesir pada masa itu dibawah pimpinan Hosni Mubaraq adalah dalang kepada penyiaran gambar-gambar tersebut sebagai usaha untuk mejatuhkan maruah Baradei di mata penduduk Islam Mesir.

El-Baradei membuat kenyataan dalam sebuah akhbar harian Mesir bahawa kerajaan adalah dalang disebalik akaun facebook tersebut kerana beliau telah membuat gesaan supaya reformasi demokrasi dan ekonomi dilakukan di Mesir.

Laman Facebook yang mengandungi album 33 gambar yang di ambil dari profil Facebook peribadi Laila telah diterbitkan kan di laman Facebook yang lain tanpa pengetahuan beliau di bawah tajuk "Rahsia keluarga ElBaradei."

Gambar-gambar juga telah dicetak semula oleh beberapa akhbar Mesir, termasuk harian bebas tempatan Al-Youm Al-Sabei yang kemudiannya telah memadam semula gambar-gambar itu dari web site mereka.

Pihak anonymous yang mereka id facebook  "Rahsia keluarga ElBaradei."tersebut menulis;

sumber



Thursday, August 15, 2013

imam besar Al Azhar dah start kelentong sana sini


Ahmed Muhammad Ahmed el-Tayeb (: أحمد محمد أحمد الطيب) adalah Imam besar al-Azhar merangkap Presiden Universiti Al-Azhar. Beliau telah dilantik oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak berikutan kematian Muhammad Sayyid Tantawy pada 2010.

Ahmed AL-Tayeb adalah salah seorang ilmuan Islam yang terang-terang menyatakan pendiriannya menyokong rampasan kuasa oleh tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi menggulingkan President Mohamed Morsi.

Apabila terjadi pembunuhan beramai-ramai oleh tentera dan polis Mesir dengan bantuan samseng upahan, beliau mula mengelak untuk turut bertanggungjawab.

Baca alasan imam CARI MAKAN ni


Kalau tak ikut kerajaan sedia ada mungkin dia khuatir jawatan Presiden Al Azhar yang menjanjikan pendapatan lumayan itu terbang ke tangan orang lain..

Tentera Firaun Mesir bakar masjid


Keadaan terkini pentas utama dan Masjid di Dataran Rabaah Adawiyyah. Habis dijilat api. Kezaliman yang dilakukan oleh As- Sisi menyebabkan rakyat semakin marah.

Hospital Rabiatul Adawiyah
Gambar Hospital Rabiatul Adawiyah hari ini yang telah dibakar sepenuhnya dimana di dalamnya tedapat jenazah-jenazah pro demokrasi yang telah dibunuh oleh pasukan pelerai perhimpunan semalam di Kaherah.


Semoga Allah SWT menurunkan segala pertolongan untuk membantu tenteraNya demi mempertahankan Islam di bumi yang suci Mesir Darul Anbiya.

INTIFADA akan bermula.. Tunggu sahaja nasib AL SISI

Fakta nombor tentang Pembunuhan di Mesir;

Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera

ElBaradei letak jawatan bantah pembunuhan beramai-ramai

Naib Presiden Mesir Mohammad ElBaradei meletak jawatan pada hari Rabu. Beliau berkata beliau tidak dapat menanggung tanggungjawab terhadap satu keputusan yang tidak dipersetujuinya.
.
Peletakan jawatan ElBaradei diumum selepas lebih daripada dua ribu, lima ratus orang terbunuh manakala lebih sepuluh ribu cedera parah dalam tindakan keras oleh pasukan keselamatan untuk membersihkan bantahan oleh penyokong Presiden digulingkan Mohammad Mursi.

Baradei berkata "saya tidak dapat memikul tanggung jawab atas keputusan yang tidak persetujui," sambil menambah bahawa "terdapat cara yang lebih aman" untuk menyelesaikan krisis di negara ini.

Tareq Fahmy, Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Kaherah, memberitahu Al Arabiya bahawa peletakan Baradei tidak akan memberi kesan kepada hala tuju politik diumumkan oleh tentera apabila pemimpin Islam yang Mursi digulingkan pada 3 Julai.

Kematian sadis pemuda Islam pro demokrasi


Pemuda ini mati dalam keadaan kepalanya bocor dan otaknya terkeluar dari kepala. Beberapa penyokong Morsi yang berada di tempat kejadian berasa pelik bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Otak yang terkeluar dari kepala beliau berada dalam keadaan baik, tidak pecah dan tidak cedera.

Ramai tertanya-tanya akan jenis senjata yang berupaya melakukan kecederaan maut sedemikian.

Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera.

Tentera laksana pembunuhan ala Syiah Syria di Mesir - Saksikan gambar pembunuhan beramai-ramai di Mesir

Pelbagai cara pembunuhan dilakukan tentera Mesir terhadap rakyatnya sendiri. Bentuk pembunuhan kejam ala syiah di Syria turut dilakukan di tempat terbuka dan disaksikan ramai orang di Medan Rabiatul Adawiyah. 

TV al=Quds melaporkan 

1. Pasukan tentera dan polis telah membakar Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang terdapat di dalamnya jenazah-jenazah para syuhada' (bagi melupuskan bukti pembunuhan)

2. Para demostran telah meninggalkan Medan Rabiatul Adawiyah setelah ianya dikuasai sepenuhnya oleh tentera dan polis.

3. Tahaluf Wathani Menyokong Legimitasi: berdasarkan kiraan kami, terdapat 2600 syuhada' yang terkorban sehingga kini di Medan Rabiatul Adawiyah. .
Sementara itu satu maklumat lain mendakwa seperti berikut:
Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera. 

As Syahidah Asmaa Mohamed El Beltagi, anak perempuan El-Beltagi (El Beltagi merupakan antara pemimpin Ikhwan Muslimin), berusia 17 tahun. Beliau mati akibat peluru yang dilepaskan oleh pihak kudeta di Medan Rabiatul Adawiyah ketika proses meleraikan para penyokong demokrasi pagi tadi.



Gambar sadis dari Medan Nahdhah hasil perbuatan As Sisi dan kuncu-kuncunya




video ini menunjukkan beberapa rakyat Mesir yang dibakar

Pembunuhan bermula - Rabiatul Adawiyah bermandi darah sekarang

Tentera melepaskan gas pemedih mata di pintu masuk Bangunan Pengawal Republik (berhampiran Medan Rabiatul Adawiyah)

Kedudukan sniper tentera Mesir

Sekarang pro demokrasi di Medan Rabiatul Adawiyah diserang. Mereka diserbu oleh pihak tentera. Pihak tentera melepaskan gas pemedih mata dan terdapat penembak tepat menembak dari bangunan sebelah Tiba Mall. Setakat ini 5 orang telah dilaporkan syahid.
syahid pertama hari ini 14.8.2013






Saksikan secara langsung dari Mesir sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...