Follow blog ini

Friday, November 29, 2013

Kenaikan Gaji ADUN Selangor perlu dikaji semula - Anwar Ibrahim


Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mencari jalan jika ia boleh dikaji semula.

Menurutnya, Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.

"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan.

"Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula," kata Anwar sewaktu ditemui wartawan di Parlimen tengah hari tadi.

MB Selangor. MantanPengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd dan CEO PNB sebelum ini.

Komen anak jati Kelantan (Sham Fhaz)

Perubahan yang berani dan dilihat mampu sebab zaman pentadbirannya Negeri Selangor mempunyai keuntungan berganda daripada Anak2 Sykt.

Apa Kuncinya? Sekadar berkongsi pengalaman sewaktu pergi ke Perbandanan Pertanian Negeri Selangor, bersama rombongan YB Dato Che Abdullah Mat Nawi sebelum ini. Antara yang disebut oleh CEO mrka;

1. Asingkan campurtangan urusan bisnes (Glc) dengan politik. Supaya fokus syarikat lebih teratur dan fokus kepada keuntungan untuk beri sumbangan kepada Kerajaan Negeri.

2. BOD hanya menerima elaun dan memberikan pandangan shja. Semua urusan bisnes GLC dikawal penuh oleh Perbadanan Menteri Besar Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang mana MB adalah Pengerusi dan dibantu kakitangan profesional yang dilantik.

3. Setiap Pengurus Besar GLC ditetapkan Kpi (RM), sekiranya gagal mereka berani tutup syarikat atau tukar GM baru.

Ada lagi, moga ia membantu kita semua. Rindukan budaya bisness yang sihat dan subur dalam setiap GLC di Kelantan utk Kelantan jadi kuasa Ekonomi Baru Malaysia.

Jika menarik sila kongsikan, saya sekadar menulis pengalaman semasa disana dan kaitkan dengan kemampuan Kerajaan Negeri untuk menaikkan gaji pentadbiran Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...