Dalam sebuah video baru-baru ini, Datuk Ahmad Yakob menjawab soalan pemberita tentang Lebuh raya rakyat Kel;antan.
Beliau menyatakan bahawa Projek Labuhraya itu akan diteruskan tetapi bukan lagi oleh kontraktor terdahulu.
Tender akan dibuka seawal Januari 2014 dan projek tersebut dijangka akan dimulakan pada pertengahan 2014.
Pembayaran secara lum sum akan dibuat kepada kontrak yang berjaya mendapat tender bernilai 550 juta setahun selepas selepas projek disiapkan.
Apa sudah jadi sebenarnya?
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini.
Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik.
Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.
Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira pukul 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.
Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - Bernama
Tuan
ReplyDeleteSebagai orang kelantan ini pendapat saya dan inilah sentimen sebahagian besar rakyat kelantan yang be4juang mempertahankan PAS sejak tahun 1990.
MB & Exco Kelantan datang beramai-ramai jumpa Najib untuk di sembelih hidup-hidup. Nampak sangat mereka ini tidak kenal siapa Najib dan apa itu UMNO. Mereka datang dengan ikhlas jumpa Najib dan mereka seperti tak tahu yang imhlas tu tak ada dalam kamus pitik Najib.