Follow blog ini

Monday, November 25, 2013

Keputusan penuh pemilihan AJK PAS Pusat 2013


Dengan rasa gembira diumumkan keputusan penuh Pemilihan AJK PAS Pusat yang rata-rata menunjukkan keseimbangan antara kumpulan yang diberi label ulama dan profesional.

Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.

Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.

Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015.

Salahuddin memperolehi 917 undi, Tuan Ibrahim (849) dan Husam (520). Dua calon lagi, Datuk Mahfuz Omar memperolehi 504 undi dan Datuk Abu Bakar Chik (364).

18 ahli jawatankuasa pusat yang dipilih ialah:

1) Idris Ahmad 927
2) Mazlan Aliman 840
3) Datuk Seri Nizar Jamuluddin 688
4) Datuk Amiruddin Hamzah 679
5) Dr Hatta Ramli 649
6) Nasruddin Hassan 645
7) Nik Abduh Nik Abdul Aziz 627
8) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa 626
9) Dzulkefly Ahmad 610
10) Hanipa Maidin 604
11) Datuk Kamaruddin Jaafar 562
12) Khalid Samad 547
13) Datuk Nik Zawawi Salleh 518
14) Syed Azman Syed Ahmad 476
15) Riduan Mohd Noor 469
16) Datuk Dr Mahfodz Mohamad 455
17) Dr Siti Mariah Mahmud 437
18) Nuridah Salleh 424

Senarai ahli jawatankuasa di atas menunjukkan sebelas daripada 18 yang terpilih ada dari golongan profesional, manakala selebihnya adalah dari latar belakang agama.

Idris Ahmad

Bagaimanapun,  Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dari golongan ulama mendapat undi tertinggi - 927 undi daripada 1,057 perwakilan.

Manakala bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dan bekas timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing menduduki tempat keenam dan ketujuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...