Follow blog ini

Tuesday, November 26, 2013

Penunjuk perasaan tawan bangunan-bangunan kerajaan di Bangkok


Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan di Bangkok menguasai beberapa bangunan kerajaan dan memotong bekalan elektrik Banguan Kementerian Kewangan dalam tunjuk perasaan besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra semalam (isnin 25.11.2013)

Penunjuk perasaan berkata, mereka mahu melumpuhkan kerajaan dengan memaksa kakitangan kerajaan untuk berhenti kerja. Mereka menyanyi, menari dan meniup wisel di lorong bangunan-bangunan kerajaan.

Kerajaan menganggap tunjuk perasaan itu sebagai satu cubaan rampasan kuasa secara haram.

Penunjuk perasaan berkata, mereka kecewa kerana mereka merasakan bahawa kerajaan Thailand masih berada di bawah perintah oleh bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan oleh tentera pada tahun 2006 dan disabitkan atas tuduhan rasuah jenayah pada tahun 2008.

Thaksin Shinawatra adalah abang kandung Perdana Menteri sekarang Yingluck Shinawatra.

Penunjuk perasaan anti-kerajaan menjerit slogan semasa perhimpunan besar-besaran di hadapan ibu pejabat Polis Diraja Thailand pada 25 November di Bangkok
penunjuk perasaan mengibarkan bendera Thailand semasa rally besar-besaran di Bangkok
penunjuk perasaan terpaksa berdepan dengan polis anti rusuhan Thailand di Bangkok
Suthep Thaugsuban, pemimpin demonstrasi anti-kerajaan, (kanan) disambut oleh penyokong apabila mereka berjaya menguasai  Bangunan Kementerian Kewangan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...