Follow blog ini

Tuesday, January 28, 2014

AMK BERIYA-IYA MAHUKAN ANWAR IBRAHIM JADI MB



Terang lagi bersuluh. Jika sebelum ini Anwar Ibrahim nafi akan bertanding di Kajang dalam PRK berikutan ADUN terdahulu Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan beberapa hari lalu. Satu percaturan politik yang amat berbahaya kepada PR.

Apa pun jua perancangan yang sudah dipersetujui dalam PKR, segalanya perlu didedah kepada rakyat agar tidak ada yang kecewa dan memboikot PRK tersebut lantas memberi kemenangan kepada BN.

Kenyataan media Shamsul Iskandar Mohd Akin menguatkan lagi kefahaman bahawa perletakan jawatan ADUN terdalhulu adalah usaha untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

Pemuda PKR (AMK) menegaskan, tiada calon lain yang sesuai mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang melainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya Anwar adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN dan seterusnya diangkat sebagai menteri besar,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.~mk

Anwar Ibrahim nafi lagi tapi segalanya boleh berubah sekelip mata..

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi.

"Itu hanya spekulasi, sekarang kita tumpukan kepada pilihanraya kecil yang akan datang.
"Tan Sri Khalid teruskan kerja dia sebagai Menteri Besar," jelas beliau pada sidang media hari ini.

Ketika ditanya bahawa timbul persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap perletakaan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh kemudian disusuli pula pengumuman beliau bertanding, Anwar berkata keputusan itu perlu dilihat ke arah menambah baik perkhidmatan untuk rakyat.

"Tidak bangkit isu persepsi dari rakyat dari keputusan yang telah dibuat, ini merupakan peluang untuk kita membuat lonjakan kepada rakyat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, Mohamad Azmin Ali menyambut baik keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Keputusan telah dibuat dan saya menyambut baik keputusan dari pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Bagi PKR Selangor kita akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti," jelas beliau. (HD)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...