Terang lagi bersuluh. Jika sebelum ini Anwar Ibrahim nafi akan bertanding di Kajang dalam PRK berikutan ADUN terdahulu Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan beberapa hari lalu. Satu percaturan politik yang amat berbahaya kepada PR.
Apa pun jua perancangan yang sudah dipersetujui dalam PKR, segalanya perlu didedah kepada rakyat agar tidak ada yang kecewa dan memboikot PRK tersebut lantas memberi kemenangan kepada BN.
Kenyataan media Shamsul Iskandar Mohd Akin menguatkan lagi kefahaman bahawa p[erletakan jawatan ADUN terdalhulua adalah usaha untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor.
Pemuda PKR (AMK) menegaskan, tiada calon lain yang sesuai mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang melainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya Anwar adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN dan seterusnya diangkat sebagai menteri besar,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Katanya, AMK percaya kepimpinan Anwar dapat menggerakkan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan agenda konsensus nasional.
Dalam kenyataannya semalam, Shamsul berkata, mereka menghormati keputusan Bendahari AMK Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan.
Menurut Shamsul, ia dibuat demi kepentingan negeri dan rakyat serta mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.
“Ini membuka ruang untuk PKR dan Pakatan menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin negeri Selangor sebagai menteri besar,” katanya yang juga anggota Parlimen Bukit Katil.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh semalam mengumumkan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan Lee.
Undang-undang menetapkan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari. ~mk
No comments:
Post a Comment