SHAH ALAM, 31 JAN: Beberapa menteri daripada Barisan Nasional (BN) dikatakan bertemu pihak tertentu yang dipercayai sebagai menggerakkan kerja sabotaj kerajaan Selangor.
Pertemuan itu berlangsung sebaik sahaja Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumk sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) bagi mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata selain percaya kerja sabotaj itu bakal membabitkan polis cawangan khas], selain beberapa pihak yang menjawat jawatan penting dalam hariki kakitangan awam negeri dan anak syarikat milik kerajaan negeri.
“Saya di Shah Alam pada hari Anwar diumum sebagai calon dan tahu pada petang itu beberapa menteri dengan pengiringnya datang ke sini untuk bertemu dengan pihak tertentu yang tidak payah disebutkan nama mereka.
khalid samad“Saya duduk Shah Alam dan tahu itu berlaku. Maknanya, rancangan untuk menewaskan Anwar sedang disusun dengan teliti oleh pihak lawan, BN. Saya menyeru PR hadapinya dengan menggunakan Kajang sebagai satu reforendum membuktikan penolakan rakyat kepada Umno,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.
Khalid menjangkakan usaha sabotaj terbabit akan membabitkan tindakan yang mengaitkan projek kerajaan negeri, isu tanah dan lain-lain yang mampu menjejaskan kelicinan pentadbiran, sekali gus menimbulkan perasaan kurang percaya pengundi di Selangor.
Sementara itu mengulas isu sama, Khalid percaya dengan penyertaan Anwar sebagai salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nanti akan memperkuatkan lagi kerajaan PR Selangor dalam berhadapan usaha sabotaj daripada dalam.
“Kini Anwar tiada ‘locus standing’ untuk bertemu Pegawai Daerah atau mana-mana penjawat penting dalam Selangor tetapi kalau menang dia boleh berjumpa Pegawai Daerah atau sesiapa sahaja bagi menyekat usaha sabotaj BN,” katanya.
-NFN-
mb sekarang dn exco yg ada xder keupayaan ke nk buat mcm yg anwar nk buat tu...
ReplyDeleteMB sekarang tak mahir politik. Kerajaan negeri sepatutnya sudah meminda perlembagaan negeri iaitu perlantikan 3 pegawai utama iaitu setiausha kerajaan negeri. pegawai kewangan negeri. penasihat undang2 negeri. serta beberpa lagi pegawai yang ada kaitan dengan kerajaan negeri, Pindaan itu amat penting tapi TSKI masih tak melakukan lagi akan perkara tersebut.
ReplyDelete