MCA dah jadi kelam kabut apbila DSAI dijangka menjadi MB Selango. Untuk menggagalkan rancangan tersebut MCA telah berkempen agar pengundi mengalahkan Anwar Ibrahim untuk memastikan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor.
SHAH ALAM, 31 JAN: Demi kepentingan politik, MCA dilihat mula membuat ‘pusingan U’ dengan memberikan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menggagalkan rancangan membawa masuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Dewan Negeri Selangor.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata sebelum ini MCA adalah salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) juga dilihat kerap melancarkan pelbagai serangan yang tidak masuk akal terhadap Abdul Khalid.
“Sehinggakan MCA kini berkempen mereka sokong Abdul Khalid dan kata mereka kalau ingin Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar, pengundi kena kalahkan Anwar.
khalid samad white pc 011“MCA sendiri sudah pandai guna nama Menteri Besar. Ini lawaknya arena politik Malaysia,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.
Kenyataan itu membuktikan MCA sebelum ini secara diam mengakui sokongan padu rakyat Selangor di atas prestasi cemerlang pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang diterajui Abdul Khalid.
Bagaimanapun, Khalid yakin pengundi di Kajang tidak mudah diperbodohkan dengan permainan politik ‘batu api’ yang dimainkan parti MCA itu.
Sementara itu, ketika mengulas isu Pilihan Raya Kecil Kajang, Khalid berkata kemenangan Anwar mampu memperkukuhkan lagi kubu kerajaan PR Selangor darpadai serangan BN dan menyelesaikan isu dalaman PKR- Oleh : NAZLI IBRAHIM.
sumber- selangorkini
No comments:
Post a Comment